Friday, 26 July 2013

Together

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.. masih dipanjangkan umur bertemu ramadhan untuk kali ini.. 2 minggu puasa dah berlalu.. tinggal lagi berapa hari saja sebelum menyambut syawal.. tanya diri, apakah ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..? sedikit terkilan sebenarnya..... :( bezanya semangat ramadhan tahun lepas dengan tahun ni.. Allahu~

By the way, rabu yang lalu diberi peluang berbuka puasa bersama-sama dengan usrati tersayang di hostel UIA Kuantan.. syukur! saya anggap, ini merupakan langkah kanan saya untuk membina kembali semangat yang kian luntur.. (Alhamdulillah, DIA bantu saya melalui teman-teman)


"Iftar -> Solat Maghrib -> Sesi Taaruf"

sejuk hati melihat ke semua mereka,
tenang bila berada dalam suasana begini,
Alhamdulillah, semangat berjaya di top-up semula.
Sejujurnya, rindu nak TOGETHER lagi macam ni.
entah dapat lagi, entahkan tidak.. 


Hati mula goyah bila kurang dihidangkan dengan makanan rohani.. maka, hasilnya......? i ask myself, "salah orang atasankah yang terlalu banyak memberikan tugasan sehinggakan orang bawahan tiada waktu untuk dirinya sendiri ataupun salah orang bawahan tu sendiri yang tak pandai nak menguruskan masa..?" :'/


dari teman, buat penguat semangat.
mudah-mudahan..
keep du'a!


"Thanks to you!"


*Dear self, baki ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi, silalah manfaatkan sebaiknya. 10 ramadhan yang terakhir, bebas dari azab api neraka. Salam Ramadhan. :')




Salam sayang 
NurFarhahIzzaty


Monday, 17 June 2013

beza tapi sama

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum wbt... :)

Alhamdulillah.. diberi kesempatan untuk mengupdate blog yang tak seberapa ni. by the way, apa khabar kesihatannya, imannya, dirinya..? semoga semuanya yang baik-baik saja untuk kalian.. aamiin~ :) kali ni, saya nak share sesuatu yang mana membuatkan saya kerap berfikir + muhasabah diri, cuba perbetul mana salah, dan cuba melatih diri sendiri supaya sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan khususnya bila melangkah ke alam pekerjaan.

Teringat pesan abang, "bila kerja dengan ramai orang, kita kena peka dan banyakkan bersabar." masa tu, saya cerita kat dia yang satu hari tu kerja saya serba tak kena, teramat stress. macam-macam kena dengan orang yang dah lebih dulu makan garam. (kita cuma pelatih/pelajar, samada buat salah atau tidak, bila kena marah, hadap ja.) ada masa dan ketika, bila teruji begini, membuatkan diri merasa putus asa, down sangat-sangat hingga menitiskan airmata. 

"People cry not because they're weak, it's because they've been strong for too long." 

*Tarik nafas panjang melalui hidung, hembus perlahan melalui mulut.. Alhamdulillah :) Bila hati dan fikiran dah mula tenang, banyak kali fikir semula apa yang abang nasihatkan. tak dilupakan juga pesanan dari seorang teman, katanya, "kena belajar adap bekerja." muhasabah diri balik, dan banyak juga yang saya dapat. Alhamdulillah :)

Ringkasnya... apa jua bidang kerjaya kita nanti, kena ingat. kerja dengan ramai orang, berbeza sikapnya, pendapatnya, caranya. kalau orang ni begini sikapnya, kena belajar macam mana nak kerja bersama dengan orang yang begini. sama lah juga bila dengan orang yang begitu, apa nak buat bila dengan orang yang begitu. ingat, kita mudahkan kerja dia, Allah akan mudahkan kerja kita. InsyaaAllah. 


"cara kita mungkin berbeza, tapi matlamat tetap sama."
(dalam bidang perubatan khususnya, lain hospital lain protokol. tapi matlamat tetap sama, cegah infeksi, kurangkan pesakit. hihi)

Biarlah.. kalau kena hentam, kena marah dan sebagainya walaupun kadangkala kita rasa, kita dah buat yang terbaik. sebab apa? mungkin kita rasa kita dah betul, tapi hakikatnya tak betul mana pun, kita tak sedar. dan, dalam kemarahan seseorang tu kepada kita, mesti ada juga betulnya yang mungkin sukar untuk kita terima, tapi itulah hakikatnya. dan.. kalau betul kita memang dah buat yang terbaik, tapi kena juga.. anggap saja ini tarbiyah dari Ilahi.. sengaja Dia nak kita hadap orang-orang yang begini supaya kita belajar, macam mana nak kendalikan.. serta, semestinya Dia nak menambahkan lagi ketabahan dan kesabaran dalam diri kita untuk ujian yang mendatang. semoga kita semua punya kekuatan untuk itu. aaminn~ :')


*dengan rasa sangat rendah hati, sudilah kiranya menambah mana terkurang, tegur mana salah. jazakumullah khairan katsira :)



Salam sayang 
NurFarhahIzzaty


Sunday, 7 April 2013

A Meaningful Life ♥

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Sedar tak sedar, usia dah berginjak ke angka 21 dan penghijrahan hidup juga sudah cukup setahun. "semakin lanjut usia, semakin dekat dengan kematian.." Allahu... *sudah bersediakah hai diri sendiri..? 


Alhamdulillah, sangat-sangatlah beryukur pada Ilahi kerana dengan rahmat-NYA, masih diberikan peluang pada diri ini untuk mendekati, merenungi, menjiwai, dan merasai kasih dan sayang-NYA. MasyaAllah, Allah Maha Hebat! hampir 20 tahun hidup, tapi disia-siakan begitu saja, namun kerana kasih-NYA, baki yang setahun telah diberikan untuk diri ini gunakan sebaiknya. mencari erti sebenar hidup, mengintai peluang yang ada untuk  lebih mengenali dan memahami-NYA. Alhamdulillah3... me is who is me now.. :')

Alhamdulillah... ulangtahun kelahiran yang paling bermakna untuk kali ni. dalam setahun, baru sedar betapa baiknya Allah! kerana Dia telah mengurniakan keluarga yang bahagia, teman-teman yang baik hati, kehidupan yang aman damai, dan segala macam nikmat yang dah diberikan selama ini yang tak disedari hampir 20tahun hidup dulu..! Alhamdulillah3... syukur yang tak terhingga kepada-NYA.

Buat keluarga dan teman-teman yang disayangi kerana Allah sekalian, terima kasih yang tak terhingga kerana telah mewarnai hidup diri ini. segala kekurangan diri ini, kalian terima dengan berlapang dada. terima kasih atas segala pengorbanan dan kesabaran kalian dalam mendidik diri ini untuk menjadi seorang insan yang lebih baik, seorang muslimah yang solehah, seorang teman yang akhirnya kenali, apa itu "ukhuwah fillah", dan semestinya seorang yang kini lebih mengenali dan memahami apa erti hidup yang sebenar.

"kalau hidup panjang umur, hiduplah untuk Yang Maha Hidup."

-7 April 1992-
-4 Syawal 1412H
-

*mohon jasa baik kalian yang baik hati, doa yang berterusan agar diri ini terus kekal dijalan yang diredhai-NYA. moga Allah merahmati kalian semua. aamiin :')





Salam sayang 
NurFarhahIzzaty


Wednesday, 30 January 2013

sabar dalam bersabar :')

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, punya rezeki untuk mengupdate blog yang tak seberapa ni. seperti yang sedia maklum, sesi pembelajaran untuk semester baru dah bermula hampir sebulan. dalam tempoh sebulan ni jugaklah, tak sangka dapat menempuhi hari-hari yang sibuk dengan sukses! Alhamdulillah, sedar tak sedar hari-hari yang sibuk tu dah hampir ke penghujungnya. yey! :'D

Reaksi pertama bila dapat sesuatu tugasan, semestinya merungut yang utama. dan semakin bertambah-tambah merungutnya tu bila tugasan diberi lagi, dan lagi, dan lagi.. dan lagi.. T_T dalam hati ni, nak marah sepanjang masa, tak sabar! tapi bila tak terluah, menangis itu antara  langkah terbaik. 

Alhamdulillah.. dalam minggu-minggu yang diselubungi rasa stress tu, duduk seorang diri, muhasabah. fikir semula, sebenarnya apa yang jadi pada diri ni atas kehendak siapa? dari keizinan siapa? tiap-tiap yang berlaku ni siapa yang merancang dan siapa yang tentukan? bila fikir macam tu, in syaa Allah kita dah boleh kembali rasional dan positif. dalam belajar, memang selalu orang atasan bagi tugasan itu ini dan kadangkala kita rasa macam nonsense semua tu, ditambah lagi dengan sikap sesetengah individu yang kadangkala buat kita  rasa annoying sangat. pressure tau~ tapi, bukankah kalau bukan dengan izin-NYA takkan jadi jugak sesuatu tu? rancanglah sebaik mana sekalipun, kalau Allah tak izinkan berlaku maka takkan berlaku. dan cubalah elak macam mana pun, kita tetap kena hadapi, kan..? sebab tu kata orang, kita tak sepatutnya melarikan diri dari masalah, sebaliknya hadapi masalah tersebut.

Bila sesuatu yang berlaku tu bukan atas kehendak kita, kita tak ingin dan taknak hadapi pun, kenapa Allah izinkan berlaku? mesti ada hikmahnya sebab Allah itu kan Maha Bijaksana. dan Allah takkan beri sesuatu tanpa kita boleh menanggungnya. :') tak dinafikan, memang payah nak husnuzon (bersangka baik) tapi, kalau nak hidup tenang, yang sulit dapat diatasi, fikiran tak bercelaru, kena latih diri untuk fikir yang positif selalu. kita usaha, kita akan dapat hasilnya dan sebab tulah orang yang sabar adalah orang yang menang! Allah pun suka. in syaa Allah. TRUST HIM! hai hati, sabarlah dalam bersabar. :')


bila kita letih dan hilang semangat,
Allah tahu kita telah mencuba sedaya upaya,
bahkan Allah mengira tiap titis airmata yang keluar dari tangisan kita.
teruskanlah hidup dengan tersenyum, bersabar dan berdoa. :')





Salam sayang 
NurFarhahIzzaty


Saturday, 26 January 2013

cuti, cuti, cuti!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hampir sebulan dah ada kat kolej ni lepas cuti semester bulan 12 hari tu. dan Alhamdulillah dapat menghadapi minggu-minggu yang sangat sibuk dengan bermacam aktiviti (daurah, usrah, sukan, koir, asignment, test, kelas di hari sabtu T_T) dan.. Alhamdulillah, tersangat-sangat bersyukur sebab kesihatan kembali pulih seperti sediakala. *baru sedikit Allah tarik nikmat sihat, dah mula nak merungut itu ini (mohon, insaflah hai diri~) Alhamdulillah, hari ni baru berkesempatan nak mengupdate cerita yang dah lapuk. oh, sedih! :/

Al-kisahnya pun bermula.. bismillah~
Sebelum balik cuti semester, memang dah plan nak balik kampung kat kulim. dan.. memang kena balik kampung sebab parent & adik nak pegi makan angin di Vietnam sana. (oh, sedih lagi!) but, it's okay it's alright (ala-ala trademark my batch) bercutilah insan ini di rumah nenda 10hari, tanpa ditemani sesiapa. (eh ada! Allah sentiasa menemani hamba-hambaNYA :)) macam biasa, bila kita nak sesuatu yang kita bakal hadapi berjalan dengan lancarnya, pasang niat dengan betul dan banyakkan berdoa padaNYA agar dipermudahkan urusan. Alhamdulillah, sepanjang 10hari kat kampung, tak pernah lagi lah nak kena marah dengan tok & wan. HaHaHa (hanya anak-anak dan cucu-cucunya saja yang memahami bagaimanalah nenda kami ni, peace!)  memang enjoy sangat kat kampung, aman damai, no stress! sesuailah dengan nama kampung, Kg dingin, sedingin yang dirasai. Alhamdulillah! 

around 9am
depan rumah ni ada kelapa sawit.
kalau naik atas bukit tu, sebelah kiri ada pokok getah.
boleh kata, kiri kanan depan belakang rumah penuh dengan pokok-pokok.
segar-bugar mata hari-hari tengok hijau, fresh! :)

gambar atas: belakang rumah. macam-macam pokok ada, taktau nak sebut. haha
gambar bawah: sebelah kanan rumah, padang luas.
dulu kecik-kecik main tarik pelepah kelapa dsb kat sini.
kat padang ni, ada pokok durian, pisang, rambutan.

depan rumah, sebelum masuk mesti cuci kaki dulu :)

kat sebelah padang tu jugak, dulu kecik-kecik mandi kat sini.
mandi jemaah dengan semua kezen-kezen.
mak-mak & ayah-ayah jadi guard, jaga kami semua.
dulu airnya jernih, sekarang dah keruh.
ni jugak salah 1 tempat nak melayan perasaan, seronok dengar bunyi air terjun!

ulat gonggok! aduhai, pegilah ke mana-mana pun, ada saja binatang ni.
dulu kecik-kecik tengok ulat ni tak heran pun, siap main lagi.
dah besar panjang, nak jeling pun tak sanggup, geli teramat!!

my nenda tolong giling inai. cucu dia giling tak jalan, semput!
rajin sungguh nenda, siap tolong pakaikan inai untuk kita.
thankyou nenda! ;D

balik bercuti, ini yang menemani. :)

Rutin harian, bangun pagi siapkan diri apa semua, pukul 7am masuk dapur. masa tu selalunya breakfast dah siap, tinggal nak masak untuk tengah hari saja. (cepat beno my nenda masak kan? cucu dia tolong makan! sebab tu balik kolej, bulatnya badan! aduhh) antara pukul 8-9am macam tu, mesti lauk untuk lunch dah siap. antara masa tu jugaklah, nak mengemas rumah apa semua. wan pulak, balik dari surau solat subuh, siap-siap terus pegi kebun, nak racun rumput. bila dah pukul 10am, boleh dah nak rehat tengok tb dengan wan, Spanar Jaya. (masa tu kalau bising pun sebab suara cek dengan wanlah dok gelak tengok part yang lawak) habis cerita, duduk dengan tok pulak. time ni memang best sangat. sebabnya, tok ni jenis yang suka bercerita. sekali dia bercerita, memang payah la nak berhenti. (kadangkala penat jugak nak melayan. huhu) dan apa yang keluar dari mulut dia, semuanya kata-kata nasihat, penuh hikmah. dari A sampai Z, mula dari macam mana kita nak manage hidup sendiri sampailah bila dah nak berkeluarga, dah ada anak dsb. dalam banyak-banyak, ayat dia yang sangat saya gemari, "kakak, sembahyang jangan tinggal, jangan malas nak mintak kat Dia. kena rajin baca quran." dia suruh saya amalkan doa ni kalau nak murah rezeki sentiasa.

Ayat 1000 dinar @ Surah Al-Thalaq, ayat 2-3
(tak rugi amalkan, biiznillah memang berkesan)

Memang banyak benda yang saya belajar dengan nenda, terutama sekali dalam menguruskan rumahtangga. saya suka bila waktu makan, tok mesti dahulukan wan. kadangkala bila wan lewat balik dari surau, tok makan dulu. lepas tu bila wan balik, mesti dia cakap camni, "wan, tok makan dulu dengan paah. kami lapaq dah, tunggu wan balik lambat sangat." bukan sekali dua, dah berjuta kali rasanya sejak dari umur saya berapa tahun sampai lah dah ada angka 2 didepan. wan punya ayat simple saja, "alahhh, dah lapaq makan jalah tok oiy. takdak apa aihh.." *sambil tersengih-sengih! bukan dalam bab makan saja, bahkan dalam apa jua perkara pun, mesti tok dahulukan wan. kadangkala perkara yang simple, pada kita macam remeh, tapi tok tetap nak bagitau wan itu ini. padahal wan tak kisah sangat pun. boleh nampak kat situ betapa sayangnya tok kat wan. sweet kan? :')
itu belum masuk part wan sayang kat tok lagi. HaHaHa apa yang tok nak makan, wan mesti keluar cari dan belikan. bak kata maksu (mak saudara) wan boleh ingat penjual mana yang makanan dia sedap dan tok suka. tok punya favourite bukan 1 2, tapi bermacam-macam. dan tempat nak cari makanan yang tok suka tu bukan setempat, tapi banyak tempat! wan boleh ingat semua tu. MasyaAllah~ :')

Apa yang saya lihat, akan saya cuba belajar dan praktikkan nanti. sama-sama menjaga antara satu sama lain sepertimana wan menjaga tok dan tok menjaga wan. dan sesempurna mana pun dalam rumahtangga, mesti ada cacat celanya. boleh ditampung kalau kita boleh  bersyukur, terima seadanya. banyak benda yang saya belajar dari tok dan wan, Alhamdulillah! cuma hati ni sayu saja bilamana tok & wan cerita mengenai kematian. keduanya dah bersedia andai dijemput menghadap Ilahi. (dari kecil hingga sekarang, inilah yang selalu saya minta, "kalau boleh, biarlah sempat tok & wan tengok aku nikah dulu sebelum mereka pergi buat selamanya. paling tidak pun, biarlah aku sempat habis belajar dan ada kat Kedah sana." tapi, kita sekadar merancang, Allah yang tentukan) hati ni risau sangat kalau saya masih di kolej, dapat berita yang tak sedap nak didengar. nauzubillah, perjalanan dari Kuantan ke Kedah dengan bas memakan masa 10-11jam. tak ingin saya balik tanpa belum sempat menatap wajah-wajah yang saya sayang andai mereka pergi dulu buat selamanya. *semoga Allah lanjutkan usia kita semua. Aamiin~


"Mati itu pasti, Akhirat itu realiti
dan..
kita hidup bukan semata untuk
Duniawi,
tapi juga untuk
DIA yang hakiki.."




Salam sayang 
NurFarhahIzzaty


Saturday, 8 December 2012

AWESOME SISTERS!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum :)





Alhamdulillah.. MY CAMP under Pembina yang saya join berjalan dengan lancar. ini pengalaman pertama saya sebenarnya.. masa sekolah-sekolah dulu, tak pernah sekalipun nak bercamping bagai. (tak suka & tak minat, tapi masa dulu-dululah, hadoii) tapi.. bila terpilih dan diberi peluang, memang niat nak manfaatkan betul-betul. bila lagi nak dapat pengalaman macam ni kan. sangat-sangat berterima kasih pada semua geng usrah, AL Hubb Huna, love you all lillah! :D 

Pergi mana-mana majlis pun, mesti ada pendaftaran ahli. jadi, sampai saja kat sana terus saja mendaftarkan diri dan dapatlah seorang satu long-shirt Muslimah. i like! :) kemudian,  bermulalah sesi bertaaruf dalam aktiviti pertama, ice-breaking. haa masa tulah baru tau nama penuh tiap ahli, nama mak ayah, asal mana, warna kesukaan, saiz kasut bla.. bla.. bla.. dan dari situ terbentuknya 4 kumpulan yang terdiri daripada warna biru, merah, kuning dan ungu (nama kumpulan terlupa sudah~ huhu)


ini team saya, HIJRAH. :)


Alhamdulillah.. kemudian, aktiviti diteruskan lagi dengan penyampaian ceramah dari Dr Baiyah Bakrin tentang "Realiti Hari Ini". memang sangat best sebab beliau sampaikan tentang apa yang berlaku di sekeliling kita seharian, samada sedar atau tidak kita telah pun dijajah walau hidup aman damai. secara ringkas, yang dapat saya simpulkan  dari ceramah beliau adalah, Zionis akan kalahkan Islam dengan 5S dan 5F. apakah..? 
S= Sport, Sex, Song, Screen, Smoke  ,  F= Fun, Fashion, Food, Female, Film

dan.. dari ceramahnya juga, saya dapat ini:

nak jadi Muslimah yang Awesome,
mesti ada 10 Muwasafat tarbiyah ni. :)

Siap lunch & solat zohor, jungle trekkinglah pulak.. ingatkan jalan-jalan dalam hutan, rupanya mandi lumpur! hahaha memang best. berguling sana, bergolek sini, merangkak sana, menyelam sini, panjat sana, bergayut sini~ Ya Allah.. betul-betul menguji mental dan fizikal, tapi alhamdulillah.. kesemua ahli lepas dengan jayanya walaupun dalam keadaan tunggang-terbalik~ hahaha ;D 

Usai bersihkan diri & solat asar, ada riadah sikit petang tu. malamnya, aktiviti debate. 2 tajuk diberi iaitu, 'Boikot barangan Israel adalah kewajipan Islam?' & 'PTPTN tak perlu dimansuhkan?'. tajuk pertama debate antara kumpulan merah & ungu, tajuk kedua antara kumpulan biru & kuning. (awat cek jugak terlibat sekali dalam debate ni! huhu T__T) ahli-ahli debate semuanya, masyaAllah~ hebat-hebat belaka kecuali cek! huhu hadis, masing-masing penuh didada, dengan surah-surah dalam al-quran lagi.. Ya Allah.. awesome! kalau nak dibandingkan dengan diri cek ni, jauh panggang dari api~ :/ 

Pantas saja masa berlalu.. tidur kat khemah, sedar-sedar dah dalam surau, siap sedia untuk qiamullail. :) usai solat subuh, beriadahlah pulak kami ni.. dah bersihkan diri apa semua, masing-masing dah siap berkemas dan semua pakai baju yang sama, MY CAMP. kemudian, diteruskan dengan ceramah dari Dr Hamimah Ibrahim iaitu, "Empowering Identity". ceramah beliau lebih kepada apa peranan yang boleh kita lakukan sebagai seorang muslimah. kena dengan lirik lagu Sumayyah by Hijjaz, 'tangan yang disangka lembut menghayun buaian, menggoncang dunia mencipta sejarah'. hebatnya seorang wanita itu bilamana dia yang pada zahirnya kita lihat, biasa-biasa saja, tapi mampu melahirkan dan mendidik anaknya sehingga menjadi seorang yang berjaya. masyaAllah~ :') 


Kesimpulannya.. dalam kem ni, semua ahli sentiasa berada dalam kekenyangan. masa-masa yang terluang tu diisi dengan aktiviti makan, makan dan makan~ hahaha (konon dekat kem, kurus. tapi bertambah berat lagi ada la~) yang pasti, memang tak sia-sia join camp ni. pengisian rohani dan jasmani, sama seimbang~ dalam keadaan bersuka-ria, tetap ingat pada yang Memberi Bahagia. dalam keadaan payah juga, tetap ingat pada yang Memberi Kesulitan. Alhamdulillah~~ acara penutup disudahi dengan ucapan dan sedikit cenderahati kepada semua ahli. seterusnya, aktiviti bebas masing-masing adalah bergambar. kemudian,  masing-masing balik ke pangkal jalan~ haha boleh gitu..? =P


geng Al Hubb Huna dengan ketua Usrati Jannati,
kak Hidayah Abd Halim. :)

kakak-kakak fasilitator yang comel lagi awesome! ;)

geng kuat makan! ;D

Usrati~

"Ukhuwah Fillah"


*Semoga persahabatan yang terbina, kekal buat selamanya. jazakumullah khairan katsiran. :)



Salam sayang 
NurFarhahIzzaty


Saturday, 10 November 2012

"Hadiah Terbaik"

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Apa khabar diri kalian semua? iman dan hati macam mana? mudah-mudahan semuanya dalam rahmatNYA selalu.. :) Alhamdulillah.. ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama kalian, tulus ikhlas dari hati kecil ini. Bismillah...

Bila kita berusaha mencari hidayah Allah, Allah akan bantu. betul! kita akan mula rasai nikmatnya bila Allah yang nombor satu (utama) di hati. dan.. kita akan mula memahami apa tujuan hidup yang sebenar di muka bumi. secara tak langsung, kita akan cuba mencari dan menimba ilmu-ilmu agama buat pengisian hidup untuk dunia dan akhirat. dan Alhamdulillah.. salah satunya akan membuatkan kita  mengerti mengapa kita dilahirkan, punya ibu dan ayah. saya juga baru sedar tentang ini. anak adalah anugerah atau hadiah buat pasangan suami isteri daripada Allah. maka, menjadi tanggungjawab kita sebagai anak untuk menjadi 'hadiah terbaik' buat mereka. how..? :)

Bak kata Prof Dr Muhaya, jadikan pekerjaan kita sebagai ladang pahala untuk menuai di akhirat nanti. saya berpegang pada ayat ini, 'nak redha Allah, maka bahagiakanlah kedua ibubapa'. jadi, laksanakan tugas kita atau pekerjaan kita sebagai anak membahagiakan mereka setakat yang termampu. contoh mudah, kita sebagai anak yang masih belajar dan tak punya komitmen lain seperti dah berkahwin dan sebagainya, cuba tanamkan dalam diri niat nak bahagiakan mak dan ayah bila kita balik ke rumah dari cuti semester. macam mana? balik rumah, cuba buang perasaan 'nak berehat'. saya faham dan saya juga alami hal yang sama serta saya juga punya keinginan 'nak berehat' bila di rumah. dan.. kesannya adalah tahap kemalasan yang sangat tinggi dalam diri. jadi, nak bergerak untuk buat sesuatu kerja tu sangatlah berat dan kalau ikhlas pun, taklah seikhlas mana~ (pengakuan jujur) Allahuakbar.. tapi, berbeza pula bila di kolej lagi, kita dah sematkan di hati, balik cuti semester kali ini, kita nak buat yang terbaik buat mak dan ayah. dan kesannya nanti bila di rumah, MasyaAllah.. jiwa berkobar-kobar dan tinggi menggunung nak tolong itu ini, cuba menceriakan suasana di rumah bersama mereka. ketenangan dan kebahagiaan akan  menjadi milik kita, InsyaAllah.. Allah itu Maha Melihat dan Mendengar, Dia juga menilai segala perbuatan kita. :')

Balik cuti seminggu sempena raya Aidil Adha dulu, niat di hati konon-konon nak ke library bermula dari hari ahad hingga khamis, nak study la sebab final exam dah dekat sangat-sangat. nak study kat rumah, jangan haraplah. tapi, lain pulak jadinya, pergi library cuma ahad. yang lain-lainnya di rumah saja, fulltime surirumahtangga. sebabnya? saya ingat kata-kata mak, "ingatkan bila anak balik boleh la mak balik kerja, berehat. tak payah nak masak dan sebagainya." (hari ahad, dari pagi ke tengah hari kat library, tengah hari ke petang kat pekan rabu. masuk gaji lah katakan, haishh. dah tu, mana sempatnya nak balik masak kan) jadinya, malam tu jugak fikir banyak-banyak kali nak ke library lagi atau tidak. saya fikir, tak apalah kalau tak pergi pun. apa lah sangat kalau nak di bandingkan dengan segala pengorbanan yang telah dia lakukan untuk saya. (dalam hati risau jugak sebab bila di rumah, memang takkan baca buku. tambah pulak, sedar diri kita ni bukan dalam kalangan yang 'genius') buku memang tolak tepi, fokus nak happykan mak dan ayah. suruhlah buat apa pun, ditunaikan jugak walau kadangkala masa tu letih, tengah rehat dan sebagainya. :')

Yakinlah.. Allah pasti bantu bila kita ada niat yang betul. sesukar mana pun yang kita lalui, Dia akan bantu ringankan, percayalah! dan nikmatnya bila ikhlas, MasyaAllah.. takkan ada rasa sukar dan tenang menguasai diri dari segi fizikal, mental dan rohani. InsyaAllah.. :') selalu saya ingatkan diri, "cuba buat yang terbaik untuk mak dan ayah. buang perasaan jauh hati jauh-jauh, hindarkan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemarahan mereka. cuba lakukan semua yang baik-baik kerana Allah!" cuba bayangkan, kita kumpul pahala banyak-banyak dengan cara bahagiakan mak dan ayah, kurangkan dosa malah mungkin diampunkan semua dosa, redha Allah tercapai, mati esok lusa habuannya apa..? Jannah buat yang beriman! TRUST HIM. (semoga kita semua berada dalam kalangan orang-orang yang beriman, aamiin)

Segala yang saya coretkan selain dari berkongsi cerita dan pendapat yang tak seberapa, tak lain dan tak bukan adalah untuk memperingati diri saya sendiri. semuanya adalah kerana ingin bersama-sama kalian membahagiakan kedua ibubapa kita. tak kiralah dengan apa cara sekalipun, biar mereka rasakan inilah "Hadiah Terbaik" yang mereka dapat sepanjang hidup dan mereka tak menyesal memiliki kita. ingat, buat apa saja kebaikan biarlah disertakan niat kerana Allah. untuk apa? dapatkan tempat di Jannah nanti. insyaAllah, aamiin~



'ayahanda & bonda'
mungkin takkan ku termampu untuk mencapai tittle ''Anak Solehah",
namun..
akan ku cuba usahakan untuk menjadi yang terbaik walau bukan terbaik buat kalian lillahi taala.



p/s: buat semua ahli JP JULAI 2011, Kolej Kejururawatan Kuantan. semoga kita semua lulus Peperiksaan Akhir Tahun 2 Semester 1 dengan jayanya dan dapat balik kampung dengan tenang hati. Allahumma amiin~ panjang umur, jumpa lagi di tahun baru, semester baru. InsyaAllah. :')
segala salah dan silap, harap di maafi. mohon ditegur untuk kebaikan bersama. jazakumullahu khairan katsiran~




Salam sayang 
NurFarhahIzzaty