Saturday, 8 December 2012

AWESOME SISTERS!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum :)





Alhamdulillah.. MY CAMP under Pembina yang saya join berjalan dengan lancar. ini pengalaman pertama saya sebenarnya.. masa sekolah-sekolah dulu, tak pernah sekalipun nak bercamping bagai. (tak suka & tak minat, tapi masa dulu-dululah, hadoii) tapi.. bila terpilih dan diberi peluang, memang niat nak manfaatkan betul-betul. bila lagi nak dapat pengalaman macam ni kan. sangat-sangat berterima kasih pada semua geng usrah, AL Hubb Huna, love you all lillah! :D 

Pergi mana-mana majlis pun, mesti ada pendaftaran ahli. jadi, sampai saja kat sana terus saja mendaftarkan diri dan dapatlah seorang satu long-shirt Muslimah. i like! :) kemudian,  bermulalah sesi bertaaruf dalam aktiviti pertama, ice-breaking. haa masa tulah baru tau nama penuh tiap ahli, nama mak ayah, asal mana, warna kesukaan, saiz kasut bla.. bla.. bla.. dan dari situ terbentuknya 4 kumpulan yang terdiri daripada warna biru, merah, kuning dan ungu (nama kumpulan terlupa sudah~ huhu)


ini team saya, HIJRAH. :)


Alhamdulillah.. kemudian, aktiviti diteruskan lagi dengan penyampaian ceramah dari Dr Baiyah Bakrin tentang "Realiti Hari Ini". memang sangat best sebab beliau sampaikan tentang apa yang berlaku di sekeliling kita seharian, samada sedar atau tidak kita telah pun dijajah walau hidup aman damai. secara ringkas, yang dapat saya simpulkan  dari ceramah beliau adalah, Zionis akan kalahkan Islam dengan 5S dan 5F. apakah..? 
S= Sport, Sex, Song, Screen, Smoke  ,  F= Fun, Fashion, Food, Female, Film

dan.. dari ceramahnya juga, saya dapat ini:

nak jadi Muslimah yang Awesome,
mesti ada 10 Muwasafat tarbiyah ni. :)

Siap lunch & solat zohor, jungle trekkinglah pulak.. ingatkan jalan-jalan dalam hutan, rupanya mandi lumpur! hahaha memang best. berguling sana, bergolek sini, merangkak sana, menyelam sini, panjat sana, bergayut sini~ Ya Allah.. betul-betul menguji mental dan fizikal, tapi alhamdulillah.. kesemua ahli lepas dengan jayanya walaupun dalam keadaan tunggang-terbalik~ hahaha ;D 

Usai bersihkan diri & solat asar, ada riadah sikit petang tu. malamnya, aktiviti debate. 2 tajuk diberi iaitu, 'Boikot barangan Israel adalah kewajipan Islam?' & 'PTPTN tak perlu dimansuhkan?'. tajuk pertama debate antara kumpulan merah & ungu, tajuk kedua antara kumpulan biru & kuning. (awat cek jugak terlibat sekali dalam debate ni! huhu T__T) ahli-ahli debate semuanya, masyaAllah~ hebat-hebat belaka kecuali cek! huhu hadis, masing-masing penuh didada, dengan surah-surah dalam al-quran lagi.. Ya Allah.. awesome! kalau nak dibandingkan dengan diri cek ni, jauh panggang dari api~ :/ 

Pantas saja masa berlalu.. tidur kat khemah, sedar-sedar dah dalam surau, siap sedia untuk qiamullail. :) usai solat subuh, beriadahlah pulak kami ni.. dah bersihkan diri apa semua, masing-masing dah siap berkemas dan semua pakai baju yang sama, MY CAMP. kemudian, diteruskan dengan ceramah dari Dr Hamimah Ibrahim iaitu, "Empowering Identity". ceramah beliau lebih kepada apa peranan yang boleh kita lakukan sebagai seorang muslimah. kena dengan lirik lagu Sumayyah by Hijjaz, 'tangan yang disangka lembut menghayun buaian, menggoncang dunia mencipta sejarah'. hebatnya seorang wanita itu bilamana dia yang pada zahirnya kita lihat, biasa-biasa saja, tapi mampu melahirkan dan mendidik anaknya sehingga menjadi seorang yang berjaya. masyaAllah~ :') 


Kesimpulannya.. dalam kem ni, semua ahli sentiasa berada dalam kekenyangan. masa-masa yang terluang tu diisi dengan aktiviti makan, makan dan makan~ hahaha (konon dekat kem, kurus. tapi bertambah berat lagi ada la~) yang pasti, memang tak sia-sia join camp ni. pengisian rohani dan jasmani, sama seimbang~ dalam keadaan bersuka-ria, tetap ingat pada yang Memberi Bahagia. dalam keadaan payah juga, tetap ingat pada yang Memberi Kesulitan. Alhamdulillah~~ acara penutup disudahi dengan ucapan dan sedikit cenderahati kepada semua ahli. seterusnya, aktiviti bebas masing-masing adalah bergambar. kemudian,  masing-masing balik ke pangkal jalan~ haha boleh gitu..? =P


geng Al Hubb Huna dengan ketua Usrati Jannati,
kak Hidayah Abd Halim. :)

kakak-kakak fasilitator yang comel lagi awesome! ;)

geng kuat makan! ;D

Usrati~

"Ukhuwah Fillah"


*Semoga persahabatan yang terbina, kekal buat selamanya. jazakumullah khairan katsiran. :)



Salam sayang 
NurFarhahIzzaty


Saturday, 10 November 2012

"Hadiah Terbaik"

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Apa khabar diri kalian semua? iman dan hati macam mana? mudah-mudahan semuanya dalam rahmatNYA selalu.. :) Alhamdulillah.. ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama kalian, tulus ikhlas dari hati kecil ini. Bismillah...

Bila kita berusaha mencari hidayah Allah, Allah akan bantu. betul! kita akan mula rasai nikmatnya bila Allah yang nombor satu (utama) di hati. dan.. kita akan mula memahami apa tujuan hidup yang sebenar di muka bumi. secara tak langsung, kita akan cuba mencari dan menimba ilmu-ilmu agama buat pengisian hidup untuk dunia dan akhirat. dan Alhamdulillah.. salah satunya akan membuatkan kita  mengerti mengapa kita dilahirkan, punya ibu dan ayah. saya juga baru sedar tentang ini. anak adalah anugerah atau hadiah buat pasangan suami isteri daripada Allah. maka, menjadi tanggungjawab kita sebagai anak untuk menjadi 'hadiah terbaik' buat mereka. how..? :)

Bak kata Prof Dr Muhaya, jadikan pekerjaan kita sebagai ladang pahala untuk menuai di akhirat nanti. saya berpegang pada ayat ini, 'nak redha Allah, maka bahagiakanlah kedua ibubapa'. jadi, laksanakan tugas kita atau pekerjaan kita sebagai anak membahagiakan mereka setakat yang termampu. contoh mudah, kita sebagai anak yang masih belajar dan tak punya komitmen lain seperti dah berkahwin dan sebagainya, cuba tanamkan dalam diri niat nak bahagiakan mak dan ayah bila kita balik ke rumah dari cuti semester. macam mana? balik rumah, cuba buang perasaan 'nak berehat'. saya faham dan saya juga alami hal yang sama serta saya juga punya keinginan 'nak berehat' bila di rumah. dan.. kesannya adalah tahap kemalasan yang sangat tinggi dalam diri. jadi, nak bergerak untuk buat sesuatu kerja tu sangatlah berat dan kalau ikhlas pun, taklah seikhlas mana~ (pengakuan jujur) Allahuakbar.. tapi, berbeza pula bila di kolej lagi, kita dah sematkan di hati, balik cuti semester kali ini, kita nak buat yang terbaik buat mak dan ayah. dan kesannya nanti bila di rumah, MasyaAllah.. jiwa berkobar-kobar dan tinggi menggunung nak tolong itu ini, cuba menceriakan suasana di rumah bersama mereka. ketenangan dan kebahagiaan akan  menjadi milik kita, InsyaAllah.. Allah itu Maha Melihat dan Mendengar, Dia juga menilai segala perbuatan kita. :')

Balik cuti seminggu sempena raya Aidil Adha dulu, niat di hati konon-konon nak ke library bermula dari hari ahad hingga khamis, nak study la sebab final exam dah dekat sangat-sangat. nak study kat rumah, jangan haraplah. tapi, lain pulak jadinya, pergi library cuma ahad. yang lain-lainnya di rumah saja, fulltime surirumahtangga. sebabnya? saya ingat kata-kata mak, "ingatkan bila anak balik boleh la mak balik kerja, berehat. tak payah nak masak dan sebagainya." (hari ahad, dari pagi ke tengah hari kat library, tengah hari ke petang kat pekan rabu. masuk gaji lah katakan, haishh. dah tu, mana sempatnya nak balik masak kan) jadinya, malam tu jugak fikir banyak-banyak kali nak ke library lagi atau tidak. saya fikir, tak apalah kalau tak pergi pun. apa lah sangat kalau nak di bandingkan dengan segala pengorbanan yang telah dia lakukan untuk saya. (dalam hati risau jugak sebab bila di rumah, memang takkan baca buku. tambah pulak, sedar diri kita ni bukan dalam kalangan yang 'genius') buku memang tolak tepi, fokus nak happykan mak dan ayah. suruhlah buat apa pun, ditunaikan jugak walau kadangkala masa tu letih, tengah rehat dan sebagainya. :')

Yakinlah.. Allah pasti bantu bila kita ada niat yang betul. sesukar mana pun yang kita lalui, Dia akan bantu ringankan, percayalah! dan nikmatnya bila ikhlas, MasyaAllah.. takkan ada rasa sukar dan tenang menguasai diri dari segi fizikal, mental dan rohani. InsyaAllah.. :') selalu saya ingatkan diri, "cuba buat yang terbaik untuk mak dan ayah. buang perasaan jauh hati jauh-jauh, hindarkan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemarahan mereka. cuba lakukan semua yang baik-baik kerana Allah!" cuba bayangkan, kita kumpul pahala banyak-banyak dengan cara bahagiakan mak dan ayah, kurangkan dosa malah mungkin diampunkan semua dosa, redha Allah tercapai, mati esok lusa habuannya apa..? Jannah buat yang beriman! TRUST HIM. (semoga kita semua berada dalam kalangan orang-orang yang beriman, aamiin)

Segala yang saya coretkan selain dari berkongsi cerita dan pendapat yang tak seberapa, tak lain dan tak bukan adalah untuk memperingati diri saya sendiri. semuanya adalah kerana ingin bersama-sama kalian membahagiakan kedua ibubapa kita. tak kiralah dengan apa cara sekalipun, biar mereka rasakan inilah "Hadiah Terbaik" yang mereka dapat sepanjang hidup dan mereka tak menyesal memiliki kita. ingat, buat apa saja kebaikan biarlah disertakan niat kerana Allah. untuk apa? dapatkan tempat di Jannah nanti. insyaAllah, aamiin~



'ayahanda & bonda'
mungkin takkan ku termampu untuk mencapai tittle ''Anak Solehah",
namun..
akan ku cuba usahakan untuk menjadi yang terbaik walau bukan terbaik buat kalian lillahi taala.



p/s: buat semua ahli JP JULAI 2011, Kolej Kejururawatan Kuantan. semoga kita semua lulus Peperiksaan Akhir Tahun 2 Semester 1 dengan jayanya dan dapat balik kampung dengan tenang hati. Allahumma amiin~ panjang umur, jumpa lagi di tahun baru, semester baru. InsyaAllah. :')
segala salah dan silap, harap di maafi. mohon ditegur untuk kebaikan bersama. jazakumullahu khairan katsiran~




Salam sayang 
NurFarhahIzzaty

Wednesday, 29 August 2012

Kenalkah kita..?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..

Seperti yang saya katakan hari tu, ada sesuatu yang nak dikongsikan bersama. sesuatu yang buatkan diri ini sebak bila membacanya, dan saya pasti kalian juga mampu jadi seperti diri ini andai 'baca dengan mata hati'. kisah tentang nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. apakah kita benar-benar kenal nabi kita..? sedikit sebanyak yang saya baca, saya kongsikan bersama kalian. Bismillah....



Beliau adalah Muhammad, anak kepada Abdullah dan Aminah,
bangsa Quraisy dari Bani Hasyim,
beliau adalah anak yatim piatu,
seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja dengan ibubapanya seperti orang lain,
lahir daripada keluarga yang miskin dan dipelihara pula oleh keluarga yang miskin.

Beliau adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai oleh Tuhan,
iaitu yang diberi nama Nur Muhammad,
dari Nur Muhammad seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan,
Syurga, Neraka, Dunia, Akhirat, Para Malaikat, Arasy, Kursy, Sirat, Manusia, jin, haiwan, dll.
maksudnya kalau bukan kerana Nabi Muhammad s.a.w, yang lainnya tidak akan diwujudkan.

Beliau adalah satu-satunya nabi yang diisrak dan dimikrajkan,
mukanya laksana bulan purnama kerana cahayanya yang terang,
beliau hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Allah,
kerana itulah dipanggil Habibullah oleh Allah,
ketua seluruh para rasul dan para anbiya, penghulu seluruh orang yang bertaqwa, imam seluruh manusia,
syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat,
orang yang memberi syafaatulkubra di Akhirat, dan orang yang pertama masuk Syurga,
Al-Quran kitab yang diturunkan kepadanya yang paling lengkap,
merupakan mukjizatnya yang kekal dan paling agung, tiada siapa yang dapat menirunya.

Beliau memiliki ilmu dunia dan Akhirat, sekalipun beliau tidak boleh menulis dan membaca,
mempunyai akhlak yang paling mulia, bahkan lebih mulia dari para malaikat,
kasih sayangnya kepada manusia begitu terserlah.
tawadhuknya @ merendah diri adalah pakaian peribadinya,
kerana itulah beliau sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan fakir miskin,
menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah,
tiada seorang pun yang melihat mukanya, melainkan jatuh cinta kepadanya,
bahkan seperti orang mabuk tidak boleh melupakannya.

Beliau sangat kasih dan simpati pada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
pemurahnya laksana angin kencang yang sangat lajunya,
orang yang bergaul dengannya macam-macam dapat dirasa,
adakala seperti ibu dan ayah, adakalanya macam kawan yang membela dan setia,
adakala dirasakan guru, adakalanya bagai pemimpin, ketua tentera,  
setiap orang yang semajlis dengannya, merasakan dapat layanan yang memuaskan darinya.

kerana akhlaknya yang tinggi beliau mendapat pujian daripada Allah,
keberaniannya yang luar biasa, beliau boleh lalu seorang diri di hadapan musuh-musuhnya,
tidak sedikit pun takut dengan raja-raja,
setiap orang yang meminta tidak pernah dikecewakan,
sekalipun terpaksa berhutang dengan manusia,
ibadahnya banyak terutama solat, hingga bengkak-bengkak kakinya kerana terlalu lama berdiri dihadapan Allah.

tidak pernah mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan,
sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada sesiapa saja,
beliau membalas kejahatan orang dengan kebaikan,
satu perbuatan yang luar biasa, tidak pernah menghina, mencaci dan merendah-rendahkan orang lain,
sangat pemalu dan merendah diri, sangat menerima keuzuran orang,
sangat tahan menerima ujian yang berbagai-bagai keadaan dan bermacam-macam bentuknya,
kerana itulah beliau dapat menjadi Ketua Ulul Azmi, daripada keseluruhan para rasul,
beliau suka seseorang kerana Allah dan murka juga kerana Allah,
hatinya tidak tidur, cuma matanya saja yang tidur, kerana itulah beliau tidur tidak membatalkan wudhuknya.

kemuliaannya disisi Allah begitu ketara dan terserlah, namanya dikampilkan bersama dengan nama Allah, iaitu didalam dua kalimah syahadah,
bahkan tidak sah Islam seseorang jika tidak diucapkan namanya bersama dengan nama Allah,
doa yang hendak dikabulkan, awal dan akhir perlu disebut namanya, 
siapa yang banyak berselawat dengannya diberi syafaat di Akhirat,
siapa yang selalu menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat,
mukjizat-mukjizatnya yang terlalu banyak menunjukkan kebenarannya,
peluhnya bak mutiara, wanginya lebih wangi daripada kasturi,
orang tidak dapat menentang matanya kerana kehebatannya amat terserlah diwajahnya,
terutama musuh-musuhnya, pasti menundukkan pandangan bila bertembung dengan pandangannya.

banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka oleh Allah kepadanya, sehinggakan sebahagian perkara-perkara yang belum terjadi seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakan,
terlalu kuat tawakalnya kepada Allah, hinggakan makanan yang berlebihan tidak disimpan di malamnya,
bahkan diberi kepada yang berhak, 
apabila beliau buang air, tidak ada kesannya selepas membuangnya,
lalat tidak pernah hinggap pada badannya,
kalau beliau berpaling, beliau berpaling dengan seluruh badannya,
tidak pernah makan seorang diri melainkan berkawan,
tidak pernah mencerca makanan, jika tidak suka, beliau tidak makan makanan itu.
sangat menghormati dan memuliakan tetamunya,
terlalu menjaga hak-hak jirannya sekalipun kafir,
terlalu mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri.

dapat menyatupadukan manusia yang berbagai etnik, puak, kaum, bangsa dan yang berlainan warna kulit, bahasa dan budaya,
bahkan dapat menanamkan rasa kasih sayang satu sama lain di kalangan manusia,
melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Allah,
berjaya melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya,
mampu menjadikan setiap orang rasa berpuas hati dibawah naungan pimpinannya sekalipun yang bukan Islam,
mereka merasakan beliau adalah pelindung dan penyelamat kepada seluruh manusia sekalipun binatang.

itulah beliau Nabi Muhammad, Rasulullah s.a.w,
seorang manusia yang luar biasa, yang teristimewa,
yang kejadian dan akhlaknya paling sempurna, tiada tandingannya.
baru sedikit yang diceritakan sudah mengkagumkan kita.
apakah peribadi seperti ini kita tidak jatuh hati padanya?
apakah kita tidak terasa bahawa beliau adalah manusia yang terlalu berjasa kepada seluruh manusia?
apakah kita tidak terasa terhutang budi padanya?
bahkan patut bersyukur kepadanya sepanjang masa.
bolehkah kita samakan beliau dengan pemimpin-pemimpin yang lain di dunia? (jauh panggang dari api/macam langit dengan bumi)
lantaran itulah, orang yang benar-benar kenal nabinya bersama Tuhannya, sanggup mati kerananya.
patut sangatlah beliau menjadi idola dan ikutan kita,
agar kita menjadi satu bangsa yang berTuhan, merdeka, bersatu, berakhlak mulia, bertamadun, bersih dari noda dan dosa.
Allah dan Akhirat menjadi matlamat hidup kita. 

TAHNIAH dan TERIMA KASIH diucapkan pada yang sudi meluangkan sedikit masa 'membaca dengan mata hati' dari awal hingga ke akhirnya. sedikit sebanyak, mudah-mudahan memberi manfaat kepada kalian yang membaca. :')



**pohonlah kepada Allah Taala, agar Dia mengurniakan kita keampunan, berkat rahmat dan belas kasihan-Nya. juga, moga Dia berikan kekuatan jiwa kepada kita untuk kita mengubah sikap dan cara hidup kita kepada cara hidup Rasulullah s.a.w. sama-samalah kita banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w di sepanjang hayat kita. mudah-mudahan kita mendapat tempat di hati baginda di akhirat kelak. amin ya rabbal alamin....


Salam sayang 
NurFarhahIzzaty

Friday, 8 June 2012

jatuh cinta..?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...


Dah lama sangat saya nak menulis tentang ini. khas buat teman-teman yang seringkali berada dilema bila 'hati terusik'. saya tidaklah pandai mana jauh sekali arif tentang hati dan perasaan ini kerana saya juga tidak terlepas dari menjadi seorang hamba kepada hati dan perasaan sendiri. cuma, niat di hati ingin sekali membantu teman yang bertanya kepada saya bagaimana hendak menguruskan perasaan ini. apa yang bakal saya coretkan di bawah adalah sekadar pendapat dan sedikit ilmu yang saya peroleh dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. moga bermanfaat buat semua. :)

Sebenarnya, bila kita jatuh cinta dan seterusnya bercinta itu tak salah. yang salah cara kita menunaikan rasa cinta tu. (contoh: pasangan kekasih keluar berduaan, berpegangan tangan) macam yang pernah saya katakan di entri sebelum ni, perasaan suka-menyukai, sayang-menyayangi, kasih-mengasihi dan cinta-mencintai itu fitrah manusia. memang Allah bagi perasaan tu pada kita semua. cuma, terpulang pada kita bagaimana hendak mencorakkan perasaan itu sendiri. buat teman yang sedang 'dilamun cinta', just follow the flow. cuma, jangan terlalu memikirkan sangat hingga boleh menyebabkan zina hati. (contoh: rasa rindu/sayang terlampau sampai terbayang-bayang tengah berpegangan tangan.) jaga-jaga ye, jangan fikir bila duduk berdua-duaan je boleh berlaku zina, duduk jauh beribu batu pun boleh berlaku zina. nauzubillah! sila jaga hati baik-baik!

Okay, apa nak buat bila dah asyik terkenang-kenang? rindu-rinduan? cepat-cepat istighfar! ingat Allah. dan... semestinya, doa! mengadu pada Allah, betapa kita rindu, sayang, kasih, cinta pada si dia. minta Allah pelihara hati ini daripada terus hanyut dibuai perasaan yang boleh menjauhkan kita dengan Allah. juga, minta padaNYA, dekatkan kita dengan si dia andai si dia memang jodoh kita. namun, minta jauhkan si dia dengan kita andai si dia bukan jodoh kita. mudah-mudahan Allah mudahkan urusan kita. just believe to Allah! tak dinafikan, memang susah nak handle perasaan ni bila sedang mengalaminya, namun kita kena sedar diri. ini ujian nikmat buat kita. nikmat yang diberi, perasaan suka itu, namun disebalik kenikmatan itu sendiri, Allah mahu menguji keimanan kita. kuat ke tidak nak lawan perasaan. samada akal atau nafsu yang menguasai diri kita. *jangan fikir musibah saja ujiannya, tapi nikmat yang diberi pun merupakan satu ujian buat kita. sila sedar diri!

Sahabat... kadangkala bila kita bersendirian, itu juga boleh menimbulkan perasaan rindu dan sebagainya. eloklah sekiranya kita sibukkan diri dengan melakukan sebarang aktiviti yang boleh buat kita lupakan si dia untuk sementara waktu. tidaklah terbuang waktu begitu saja melayani perasaan tersebut. itu semua syaitan punya angkara, mahu kita leka dengan keseronokan duniawi semata. dan sahabat... jalan yang sebaiknya kita lakukan adalah istikharah. mohon petunjuk Ilahi. jangan takut dengan sebarang keputusan yang mungkin tidak sama dengan kehendak hati. sebaliknya, bersyukurlah kerana sebenarnya, Allah selamatkan perasaan kita daripada terus menyukai orang yang salah. Dia pelihara hati kita supaya nanti kita akan menyerahkan cinta kepada pemilik yang sepatutnya.

Ada juga sahabat yang bertanya, perlu ke kita berterus terang tentang perasaan ni..? pendapat saya, perlu jika kita memang sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga. juga, tak perlu jika kita sekadar 'omong kosong'. bak kata bonda saya, cinta yang sejati bila cinta di alam perkahwinan bukan sebelum berkahwin. *renung-renungkanlah dan selamat beramal. :)



Salam sayang 
NurFarhahIzzaty


Tuesday, 22 May 2012

La tahzan, innAllahama'ana ! :')

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum...

Ya Allah... sungguh malam ini terasa sedih sangat... sayu, pilu, dukacita, kecewa semua ada... tak henti-henti airmata mengalir membasahi pipi. dipujuk sendiri hati, tak jalan! roomate memujuk namun tetap tak jalan! laju saja kaki ini melangkah menuju ke bilik air mengambil wudhuk. kemudian, diperdengarkan ayat-ayat suci al-quran yang ada didalam telefon bimbit ke telinga. semuanya adalah kerana satu, mencari ketenangan! kemudian, dicarinya teman yang semestinya yakin dia boleh meredakan segala kekusutan di dalam diri ini.. dengan izinNYA.. insyaAllah.. :')

Tahu diri ini memerlukan seorang teman, sebagai tempat meluah rasa hati. terus saja kaki ini melangkah pergi ke bilik teman dan mendapatkannya. Alhamdulillah dia sudi mendengar segalanya...




Tanpa membuang waktu, laju saja diri ini menceritakan apa yang telah berlaku. akhirnya, segala yang selama ini ditahan, dipendam, disembunyikan atau dirahsiakan diluahkan kepadanya. terbongkar juga rahsia di hati. tahu, diri ini hanyalah seorang manusia biasa yang lemah. :') 


Kata teman... Allah sedang beri sedikit saja ujian tanda DIA mahu kita ingatiNYA. cuba bayangkan kalau Allah langsung tidak ingat pada kita? dibiarkan kita hanyut di dunia yang sementara ini.. * nauzubillah :'( tujuan ujian yang diberi, tidak lain dan tidak bukan semuanya sebagai peringatan untuk diri kita sebagai hambaNYA supaya jangan sesekali melupakanNYA, PENCIPTA kita. Allah itu Maha Penyayang. DIA tidak izinkan sekiranya hambaNYA ini alpa, lalai, lupa kepadaNYA. itulah nikmat diberi ujian ini sebenarnya... cuma kita ini, yang kadangkala tidak menyedari tentang hikmah disebalik setiap apa yang berlaku. boleh pula kita pertikaikan, oh Tuhan.. kenapa hal ini terjadi padaku.. mengapa mesti padaku.. apa sebabnya.. ku tak sanggup... bla..bla..bla... sedangkan Allah yang menciptakan kita, DIA lebih mengetahui tentang diri setiap hamba yang diciptaNYA. DIA sudah merencanakan sesuatu yang baik untuk kita. cuma tunggu waktu yang sesuai untuk dihadirkan dalam hidup kita. DIA sudah siap mengatur hidup kita. harus bermula begini.. ditengahnya begini.. berakhirnya nanti harus begitu.. dan sebagainya. *Allahurabbi...


Masih tidak nampak lagikah wahai temanku..? kita mesti, harus, wajib bersabar dengan setiap ujian yang diberi. sebab? dipermulaannya memang pahit untuk ditelan, namun di pengakhirannya nanti manis. insyaAllah yakin saja pada Allah! DIA usik sedikit saja sebab rindu ingin mendengar, melihat hambaNYA merintih, memohon, memuji kepadaNYA.. percayalah, apa yang perlu dilakukan cuma banyakkan amal ibadat kepadaNYA. 'dating' saja denganNYA tika orang lain sedang nyenyak tidur dibuai mimpi indah. teruskanlah mengingatiNYA selalu, setiap masa! dan.. bila tiba masa senangmu nanti, dirimu akan lebih menghargai masa senang tersebut atas kesabaranmu tika menempuh masa sulitmu. sengaja diberi ujian sebagai suatu pengalaman dan pengajaran buatmu. bukankah pengalaman mematangkan diri kita? itulah caranya Allah mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada kita bagaimana hendak menguruskan kehidupan dengan lebih baik di masa akan datang. baikkan Allah? :')


Jadi teman... jangan kamu merungut diberi sedikit ujian ini kerana tanpa pengetahuan kita juga, masih terdapat hamba-hambaNYA yang lain diuji dengan bermacam ujian yang kadangkala tidak menjangkaui di kotak fikiran kita. dan ingatlah... Allah tidak akan uji seseorang hambaNYA jika DIA tahu hambaNYA tidak mampu untuk melalui ujian tersebut. dan.... semakin berat ujian diberi, semakin besar ganjaran nikmat yang akan diberi kepada kita. tidak diberi didunia, boleh jadi di akhirat nanti. jadi, bersabarlah teman... :')


Alhamdulillah akhirnya.... sedar diri juga. dan... sangat bersyukur serta berterima kasih yang tidak terhingga kepada Allah atas mengirimkan seorang teman yang tidak putus-putus memberi kata-kata perangsang membina kembali semangat. diri ini tahu, sebenarnya Allah yang sedang menasihati.. Allah yang sedang memberi semangat sebenarnya.. DIA beri melalui teman ini.. terima kasih ya Allah!! 


Balik saja ke bilik, terus saja diri ini mengabdikan diri dihadapan laptop mencari sumber yang boleh menyenangkan hati di internet, sesuatu yang boleh memujuk hati supaya tidak bersedih, berdukacita dan sebagainya. (semangatnya lain bila bersama teman dan bila berseorangan) nah! terapi untuk menenangkan jiwa gundah-gulana. :')





"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.."
(Surah Ali Imran : Ayat 139)



salam sayang 
NurFarhahIzzaty

Thursday, 17 May 2012

afraid of being FORGOTTEN !

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Buat kalian yang membaca, terima kasih saya ucapkan! malam ni saya cuma nak menyampaikan sesuatu tulus ikhlas dari seorang insan biasa yang bernama NFI. sesuatu yang sudah lama dia pendamkan sejak dari hari pertama penghijrahannya hinggalah ke malam ini.


Buat sahabat yang dekat di hati..
Apa yang ingin NFI sampaikan kepada kalian adalah bahawasanya dia bukanlah nak tunjuk pandai, apatah lagi nak tunjuk hebat, nak bajet bagus atau yang sama waktu dengannya. nak pulak yang gelar dia sebagai USTAZAH.  dia bukan siapa-siapa! Allahu,, dia ini cuma seorang budak baru belajar, baru belajar bagaimana hendak menjadi seorang wanita. wanita bergelar muslimah. nak menjadi seorang yang muslimah, bukanlah mudah.. paksa diri untuk melakukan sesuatu yang baru, sesuatu yang dia kurang minat pada asalnya, Allah... katanya, berat~ sangat berat! 


Segala post-post di fb semuanya adalah untuk memperingatkan dirinya sendiri. sebab NFI takut! dia takut kalau-kalau dia lupa dan lalai tentang tujuan sebenar penghijrahan yang dia lakukan. dia takut iman  dia yang tak seteguh mana terpesong semula, jauh dari landasan yang sepatutnya! *Astaghfirullah~ minta dijauhkan. :'(




Cuma apa yang NFI inginkan adalah doa dari kalian. doakan dia supaya diteguhkan imannya yang rapuh, dikuatkan dirinya dalam penghijrahan yang dia lakukan. bukannya diperli, dikata bajet bagus dan sebagainya. cuma sekalung doa dari kalian sudah mencukupi. apa guna menjadi seorang sahabat andai dia terlalu kedekut untuk mendoakan sahabatnya yang lain bukan..? :')


Alhamdulillah kalau ada yang mendoakan dia menjadi seorang ustazah suatu hari nanti. mana tahu bukan? kot-kot boleh jadi penceramah macam Ustazah Fatimah Syarha. hehehe... boleh berceramah sana-sini bila offday dari kerja cik misi. *okay, berangan lebih. just kidding 


Mohon kalian faham dia masih NFI yang dulu. tiada apa yang berubah. jangan fikir, bila dia sudah berubah itu, berubah ini bermakna dia juga sudah berubah teman. tidak sama sekali! benar, "nak jadi baik, bersahabatlah dengan orang yang baik." kalian yang bersahabat dengannya tetap yang TERBAIK!! sayang kalian lillahi ta'ala :')


"Hargailah bila bersahabat, sayangilah bila bersama, 
Maafkan bila terluka, rinduilah bila berjauhan, 
Fahamilah bila keliru, nasihatilah bila terleka,
dan...
Tegurilah bila tersilap.."



*sahabat yang mulia, membawa sahabatnya yang lain ke jalan Allah :')



with ,
NurFarhahIzzaty

Monday, 23 April 2012

cik student misi

Assalamualaikum...

Dah lama tak mengupdate blog. busy + letih berganda bila dah masuk semester kedua, dah bercalit hijau pun di bahu. semakin banyak menambah ilmu, semakin besar pula rasa tanggungjawab nak jadi real misi nih. huhuhu T_T 

*tarik nafas panjang, hembus perlahan-lahan (ala-ala senaman pernafasan dalam gitu =P ) 


Okay, cuma nak cerita praktikal untuk kali kedua memang best. kalau dulu, semua benda buat yang basic saja. dah bercalit hijau ni, bertambah la sikit kerja tu. cuci luka orang dah boleh, nak cucuk-cucuk orang pun dah boleh. (cuma nak ke 'pro' tu yang belum. hihi)


Sebulan lebih praktikal, dari 1 wad ke 1 wad yang lain. macam-macam ragam manusia yang dah jumpa. tak kira samada pesakit, relative pesakit, staff-staff dan semuanyalah. huhu ada yang baik, ada yang kurang baik. ada yang okay, ada yang tak berapa nak okay. kita ni pulak sebagai cik student misi, yang mampu buat cuma sabarkan hati saja.


"Adik student, adik student! cuci BO pesakit ni. pastu buat dressing kat pesakit katil tu. tolong hantar pesakit ni. pergi ambil darah kat lab kejap. pastu tolong bla.. bla... bla....." haaa ni baru sikit kerja-kerja yang cik student misi kena buat tau. kadang-kadang tu buat kerja yang tak sepatutnya kami buat pun ada. aduh sabar, sabar, sabar...... *ikhlaskan hati, buat apa-apa kerja niat semuanya kerana Allah. kan hidup dan mati kerana Allah? (syukur ada sahabat yang selalu pesan, nak pergi kerja niat siap-siap ye, "nak pergi kerja buat kebaikan tolong orang kerana Allah.." insyaAllah Allah permudahkan) :)


Saya akui sebagai manusia biasa, memang susah la nak buang sikap suka merungut (buruk beno perangai,  huhu). ada saja benda yang tak puas hati, kadang-kadang nak naik angin (orang kedah kata, menyebai) jugak bila kena dengan staff kuat mengarah ni. Ya Allah, dia ingat kita ni robot ke apa. straight boleh buat kerja tanpa rehat? tapi, nasib cepat sedar diri. kita ni cuma cik student misi, siapalah kita nak melawan orang yang terlebih dulu makan garam kan. 


Fikir positif sajalah. mungkin orang tu sibuk jugak. nak siapkan repot, nak follow doktor buat round lagi dan sebagainya. (walaupun kadang-kadang dia suruh buat kerja, sedangkan dia duduk bersembang sakan di kaunter. huhu T_T) oh hati, tabahkanlah diriku! mana tau masa depan nanti, kamu pulak jadi macam tu. (takmau! takmau!) haaa! tapi macam mana pun, tak semuanya begitu. yang rajin ++ ada jugak! kerja yang sepatutnya memang dah jadi tanggungjawab student buat, dia pun join sekaki! itu yang best! hihi thank you staff... kamu memang sempoi ~ :))




** "Ya Rabb, jauhkanlah sifat-sifat yang kurang baik itu dari cik-cik student misi ni. jadikanlah kami yang terbaik dalam menjalankan tanggungjawab kami sebagai cik misi suatu hari nanti. " ameen ~ insyaAllah... :')



Tuesday, 3 April 2012

perubahan itu perlu!

Assalamualaikum....

Hari ni kerja petang. sempat lagi nak berblogging. semuanya gara-gara saya terbaca 1 post di fb milik kawan saya. sangat menyentuh hati! :')

Soalan: 
Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG. Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz?


Ustaz Azhar Idrus: 

Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.

Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya.

Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah? 

*Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut.


Baru semalam saya terima panggilan dari adik sepupu. bercerita bagai nak rak hinggalah masuk ke bab hidayah dari Allah. katanya, memang susah kita nak dapat hidayah dari Allah untuk berubah. tapi, tak semestinya perlu tunggu hidayah dari Allah baru nak berubah. betul! inilah jihad kita sebenarnya. (sangat besar ganjarannya bagi yang berjihad bukan?) kuatkan semangat, bersabar, cekalkan hati untuk berubah semuanya adalah kerana untuk mendapat keredhaan daripada Allah swt. yakinlah, Allah pasti akan tolong! takkan dibiarkan hamba-NYA terkontang kanting mencari hidayah. saya percaya itu!


"INNALLAHA MA ANA"
(sesungguhnya Allah bersamaku)


Bagi saya, nak berubah ni tak susah mana. sekarang pun boleh! tapi yang susahnya bila nak maintain hati kita ni untuk berubah. nak ikhlaskan diri untuk sesuatu yang baik memang payah. dan... nak berubah pun tak perlu terlalu gopoh. berubah secara perlahan-lahan. orang putih kata, step by step~ bukan apa, takut benda yang kita nak buat, tak menjadi malah nanti kita lagi menjauhkan diri. take time~ 



Langkah pertama yang boleh kita lakukan ialah muhasabah diri. dekatkan diri dengan Allah, recall back segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini. sungguh-sungguh mohon keampunan kepada-NYA. kalau dapat menangis lagi bagus! Allah itu Maha Pengampun bukan? bahkan Allah lagi suka pada hamba-NYA yang membuat dosa lalu bertaubat kembali kepada-NYA. basahkan lidah dengan zikrullah, dan al-quran jangan di tinggalkan. 1 hari untuk 1 mukasurat pun jadilah asalkan buka dan baca jugak! (lama-lama jadi habit, rasa tak kena bila tak baca al-quran untuk 1 hari) 1 perubahan jugak tu daripada tak bukak langsung kan. bagi saya, lagi bagus kalau ada terjemahannya sebab dari situ jugak kita boleh mengetahui betapa hebatnya kekuasaan Allah. dan mengapa Dia jadikan begitu begini dan sebagainya.


"Ala bizikrillahi Tahtmaiinulquluub"
Tidakkah hanya dengan berzikir/mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang!





Dan kemudiannya... cuba fikirkan tentang mak ayah kita pulak. penat mereka besarkan kita, didik kita dengan agama yang cukup sempurna. tapi kita? (tambah-tambah anak perempuan. dikatakan, lebih senang menjaga 10 ekor lembu daripada nak menjaga seorang anak perempuan) bagaimana cara kita nak membalasnya? jaga akhlak kita, jaga maruah kita dan semestinya jaga airmuka mereka! how? segala dosa-dosa kita mak ayah yang tanggung tau. cuba fikir, kita yang buat tapi mereka yang tanggung. adilkah begitu? dan begitukah caranya kita membalas budi mereka? bagi yang perempuan, jagalah kehormatan diri kita. 'aset' kita sangat berharga dan istimewa! sangat indah ciptaan Allah ke atas diri kita wahai kaum hawa sekalian. lindungilah dan sayangilah 'aset' kita daripada tercemar. biarlah diserahkan kepada yang wajar memilikinya, iaitu suami kita. sebab itu, diwajibkan perempuan menutup auratnya. melonggarkan dan melabuhkan mana yang patut. semuanya untuk kebaikan kita. jika dulu free hair, mula berjinak-jinak dengan tudung. dah bertudung, lihat pula pada pakaian. jika dulu baju ikut body, mulakanlah memakai baju yang longgar, tidak menampakkan susuk tubuh kita. ingat, yang penting niat setiap apa yang kita lakukan adalah kerana Allah swt. "hidup dan mati kita kerana Allah swt" :)






Dan.... selalulah mengingati mati. cuba tanya diri kita, "macam mana kalau aku mati tanpa sempat bertaubat? bekalan apa yang aku nak bawa mengadap Allah? tahankah diri aku ni nak menerima azab seksaan api neraka Allah yang maha dahsyat? siapa yang boleh bantu aku di alam sana? baru tersedar, aku keseorangan!!" jujur saya katakan, bila saya sendiri memikirkan tentang ini, takut yang amat sangat! banyak sangat dosa-dosa yang telah dilakukan. dan masa tidak menunggu kita. sekaranglah masanya untuk kita bertindak. seperti kata adik sepupu saya, "pada permulaan, biar kita berpura-pura melakukan kebaikan. lama-kelamaan akan menjadi suatu kebiasaan dan tanpa ada rasa bebanan bila melakukannya." insyaAllah ~



Jom kita sama-sama berubah! bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri kita jugak. Saya juga bukanlah sesiapa. masih lagi mencari dan belajar untuk berhijrah. daripada tak baik, kita berubah ke arah kebaikan. daripada baik, kita berubah lagi menjadi yang lagi baik. daripada yang lagi baik , menjadi yang terbaik. insyaAllah. semuanya terletak pada hati kita, makin bersungguh-sungguh niat kita untuk berubah, insyaAllah Allah akan mempermudahkan jalan untuk memberi petunjuk kepada kita. masih belum terlambat untuk berubah, mulalah dari sekarang! jom!! :'D


Ibnul Muqaffa' berkata:

"Hendaklah dirimu memperbaiki perjanjian agar menjadi pemilik kebaikan. bila engkau lakukan hal tersebut, kebaikan akan datang memohon kepadamu seperti banjir mencari lembah"










salam sayang 
NurFarhahIzzatyAlias 




Sunday, 18 March 2012

Fiqh Perubatan, i-medik

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Hari sabtu semalam saya bersama rakan-rakan pergi dengar ceramah tentang perubatan dalam Islam di Kolej Shahputra anjuran UIA. memang best! sedikit ilmu yang saya dapat saya sharekan pada kalian. moga-moga memberi manfaat kepada kalian yang membaca.


Dalam slot yang pertama, tajuk yang dibincangkan adalah tentang maqasid al syari'ah. maksudnya, tujuan atau matlamat dalam penetapan hukum syari'ah dalam mencapai manfaat dan menolak kemudaratan manusia untuk kehidupan di dunia dan akhirat. senang faham, syari'at ini diwujudkan demi kebaikan manusia. jadi, apa kaitannya dengan perubatan?


baca ni...
1. memelihara kesihatan sedia ada (harus berbuka bagi pesakit/musafir)
contoh: kita sedia maklum bulan ramadhan adalah bulan yang mewajibkan umat Islam berpuasa. tapi, Islam tetap beri kelonggaran pada orang yang sakit/tidak berdaya untuk tidak berpuasa. (yang boleh memudaratkan kesihatannya.mungkin boleh mati kalau teruskan dll) namun, wajib digantikan puasa(hari yang dibuka) pada hari-hari yang lain.

2. mengeluarkan bahan bahaya/penyakit daripada tubuh (harus mencukur rambut ketika ihram jika ada kutu dan penyakit yang membahayakan dikepala)
contoh: antara perkara yang dilarang semasa ihram adalah mencabut atau memotong kuku,rambut dll dengan sengaja. tapi, untuk kes di atas, tidak mengapa.

3. mengawal daripada penyakit/daripada merebak (harus bertayammum bagi yang sakit)
contoh: seorang pesakit yang mempunyai luka di bahagian kaki dan di balut dibolehkan bertayammum (keterangan mengenai tayammum di bawah) saja. (dalam perubatan, luka yang dicuci hanya menggunakan ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor.jika terkena air biasa,infeksi atau jangkitan kuman boleh berlaku.sebab tu boleh tayammum) faham dah...? :)

Banyak kes-kes perubatan dari perspektif Maqasid Syari'ah dan salah 1 daripadanya adalah hukum yang terbina atas kepentingan nyawa iaitu hukum memotong sebahagian anggota badan kerana penyakit. hukumnya adalah harus demi menyelamatkan nyawa seperti kes pesakit kencing manis. pemotongan ini tidaklah termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah yang dilarang. wallahualam ~

Slot yang kedua membincangkan tentang etika pengamal perubatan muslim iaitu tanggungjawabnya di bidang perubatan. ia merangkumi akidahnya, ibadatnya, muamalatnya, dan akhlaknya. 

Kata-kata Imam Shafie:
"aku tidak tahu 1 perkara yang lebih mulia selepas ilmu mengenai HALAL dan HARAM, melainkan ilmu PERUBATAN, namun ahli kitab telah mengalahkan kita dengan menguasainya.."

"orang ramai memerlukan kepada 2 kumpulan: Alim Ulamak bagi menjaga agama mereka dan doktor bagi menjaga kesihatan tubuh badan mereka.."

Firman Allah yang bermaksud:
"Barangsiapa yang menyelamatkan 1 nyawa, perbuatannya itu diumpamakan dia telah menyelamatkan nyawa semua orang.."

Mulianya kerja dalam bidang perubatan ni kan.. walaupun banyak risikonya.. :')
sebenarnya, perubatan Islam adalah penguasaan di dalam ilmu perubatan dan perlaksanaannya adalah berdasarkan keimanan kepadaNYA. maksudnya, kita ceburi bidang perubatan ni nak tolong orang kerana Allah swt semata-mata dan bukanlah atas kepentingan sendiri. contoh mudah: seorang pesakit pergi klinik untuk dapatkan rawatan. kemudian, doktor preskripsikan ubatan yang tidak ada kaitan dengan penyakit pesakit(dengan sengaja). tujuannya? boleh dapat habuan lebih sikit... kan? wallahualam ~

Antara sifat-sifat yang mesti ada pada pengamal perubatan adalah:
- beriman kepada Allah
- patuh kepada suruhanNYA
- selalu senyum dan tidak mengerut wajah
- bertoleransi dan tidak mudah terasa hati
- bersederhana dan sentiasa mengawal diri
- bertanggungjawab memelihara dan mempertahankan kehidupan sebaik dan semampu yang mungkin
- menjaga kesihatan diri bagi menjadi contoh yang baik kepada masyarakat
- jujur dalam perkataan, penulisan dan dalam memberikan keterangan

 

Bak kata penceramah, " memang susah nak buat, tapi kena cuba juga." 
walaubagaimanapun, hubungan sesama pengamal perubatan juga perlu dijaga. 
- hubungan dalam keadaan saling membantu, bekerjasama sangat perlu demi kebaikan pesakit. 
- mereka juga bertanggungjawab mengajar, berkongsi pengalaman dan kemahiran bersama.
- sentiasa bersedia untuk membantu antara 1 sama lain dalam merawat pesakit.

**para pengamal perubatan perlu sentiasa meningkatkan ilmu mereka supaya mampu memberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit. 

Slot yang ke 3 dan 4, isinya sama saja. berkaitan dengan ibadah solat bagi pesakit. semasa saya sem1 lepas, saya praktikal di wad ortopedik lelaki. saya dapat lihat majoritinya mesti dipasang POP. (simen yang dipasang pada bahagian anggota yang patah) 1 persoalan bermain-main di fikiran saya ketika itu, "macam mana nak ambil wuduk untuk solat kalau keadaan macam tu?" dan...

ni lah POP (plaster of paris)
 Alhamdulillah terjawab juga soalan saya. untuk pesakit yang patah dan dipasang dengan POP (atau apa saja yang dibalut dan tidak boleh dibuka serta memudaratkan pesakit jika dibuka) dibolehkan menyapu air di atas keseluruhan POP tersebut kerana ia menggantikan anggota yang wajib dibasuh seluruhnya. 

Tayammum (sama saja macam di atas,sapu keseluruhan tempat yang berbalut) dibolehkan kepada pesakit yang luka. jika anggota tayammum yang luka boleh disapu debu, wajib sapu debu ke atasnya. (tapi,ini bercanggah dengan peraturan perubatan sebab debu mungkin ada mikrob dan boleh menyebabkan jangkitan) wallahualam ~

Untuk pesakit yang terbakar pula, jika tidak memakai pembalut dan tidak tayammum, hendaklah solat menghormati waktu saja. wallahualam~

kesimpulannya, solat adalah wajib ditunaikan dalam apa keadaan sekalipun. (duduk,baring,isyarat)

jaga Allah , Allah pasti jaga kita !

Semua yang ditulis di atas cuma sedikit ilmu yang saya peroleh sepanjang berada di sana.  mudah-mudahan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kalian. sebarang kesilapan mohon ditegur untuk kebaikan. :)

sharing is caring right ?

***tinggal seminggu lebih saja lagi sebelum saya menduduki midsem exam. kalian doakan moga dipermudahkan segala urusan saya dan rakan-rakan seperjuangan ya! mohon maaf atas segala kekurangan diri ini. :')









Monday, 5 March 2012

moga dilembutkan hati yang keras :')

Assalamualaikum ...

Niat di hati nak sangat menulis sesuatu di sini sebelum menutup mata untuk tidur . cerita biasa dari seorang gadis yang biasa . :)
hati empunya diri sudah lama berniat nak berubah sejak menjadi pelajar lepasan SPM '09 . namun , hati empunya diri tak kuat untuk itu . masih belum bersedia katanya walaupun niat dah ada ! sebab empunya diri tahu , kalau berubah mendadak nanti empunya diri akan benci semula dengan perubahan itu . sangat tak berbaloi ! 
hari berganti hari , minggu berganti minggu , bulan berganti bulan , tahun berganti tahun . alhamdulillah empunya diri masih lagi hidup di bumi Allah  pada tahun ini , 2012 bersamaan 1433 tahun hijrah . 

Empunya diri mula sedar sedikit demi sedikit , hidup dah hampir 20tahun . banyak perkara yang telah di sia-siakan tanpa di sedari sebenarnya . leka dengan keduniaan , akhirat macammana ? terdetik di hati , " aku kena buat sesuatu .  niat atau cakap saja tapi tak bertindak tak guna . i need someone to guide me " . empunya diri buat keputusan untuk bertemu seorang sahabat yang pada pandangannya sangat mentaati perintah Allah . empunya diri bercerita kepadanya dan meminta pandangannya . alhamdulillah dia sangat memahami dan sangat-sangat memberi sokongan padu kepada empunya diri untuk berubah . katanya , "semua mesti bermula daripada hati . bagus niat dah ada , pupuk hati supaya mencintai Allah dan Rasul . how ? jaga solat , basahkan lidah dengan zikrullah , ingati mati ". sahabat itu turut nasihatkan empunya diri supaya amalkan surah Taha , ayat 1-5 . tujuannya adalah untuk melembutkan hati yang keras . :') 

 

Maksudnya:
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Sahabat itu turut menghadiahkan empunya diri sebuah lagu yang sangat menyentuh hati ! :')

http://youtu.be/WOJaoDbaX54

Perlahan-lahan empunya diri cuba untuk berubah sedikit demi sedikit . hanya Allah swt yang tahu bagaimana perasaan ketika itu . bangun di tengah malam mengadap-NYA untuk memohon keampunan . sebak di dada bilamana teringat kisah-kisah lama bergelumang dengan dosa . nauzubillahiminzalik ! usai sudah , ketenangan milik empunya diri pada malam itu . segala kedukaan , kepahitan , kepayahan telah pun di luahkan kepada-NYA sesungguh hati . berharap DIA mendengarnya walaupun tahu sebenarnya , ALLAH itu sememangnya MAHA MENDENGAR dan PENYAYANG ! post dari fb , 'Allah lebih suka pada hamba2NYA yang membuat dosa lalu bertaubat kepadaNYA .'

Selang sehari , empunya diri dah di beri ujian tanda kasih-NYA . demam teruk , suhu badan mencecah 39.9'c ! subhanallah ~ namun , empunya diri fikir , mesti ada sesuatu yang ingin DIA beri disebalik sakit ni . mungkin DIA nak empunya diri lebih mengingati-NYA supaya empunya diri tak lalai lagi bila nak menunaikan ibadat kepada-NYA . pada ketika itulah , empunya diri mula sedar , " andai ditakdirkan aku mati pada ketika ini , bekalan apa yang nak dibawa ?? " (speechless!)
"Allah rindu pada hambaNYA yg merintih dan memujiNYA . sebab tu Allah bagi ujian supaya kita terus berdoa dan mengingati Ilahi "




kemudiannya , alhamdulillah kesihatan beransur pulih . datang seorang lagi sahabat katanya kepada empunya diri , " awak sangat beruntung sebenarnya . tak macam orang lain dah dapat hidayah baru nak berubah . keinginan di hati awak sendiri yang guide awak untuk berubah . bersyukurlah untuk itu " . menangis empunya diri bilamana seorang sahabat datang memberi nasihat dan secara tidak langsung turut memberi semangat kepadanya untuk berubah ! " awak menangis kerana-NYA , awak dah dapat pahala ! "





sekarang , empunya diri masih lagi berusaha memperbaiki diri . berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik . (berubah tak semestinya hanya cara berpakaian,tapi meliputi semuanya.akhlak,maruah diri dll) masih banyak ilmu yang perlu di cari , masih banyak yang perlu di pelajari ! berharap moga empunya diri di beri kekuatan untuk menempuh dugaan dan cabaran duniawi ~ empunya diri turut memanjatkan kesyukuran pada yang ILAHI kerana menganugerahkan sahabat-sahabat baik yang banyak membantu . (sesuai dengan slogan KKM , 'kami sedia membantu') =P

cukup dulu sampai di sini saja hasil tulisan biasa dari gadis biasa . yang baik datangnya dari Allah swt , yang buruk datangnya dari saya sendiri . wassalam ~


**kalian jangan lupa basuh kaki dan baca doa sebelum tidur , okay ! ;D

Doa sebelum tidur :

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

bismikallahumma ahya wa amutu

Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati