Sunday, 18 March 2012

Fiqh Perubatan, i-medik

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Hari sabtu semalam saya bersama rakan-rakan pergi dengar ceramah tentang perubatan dalam Islam di Kolej Shahputra anjuran UIA. memang best! sedikit ilmu yang saya dapat saya sharekan pada kalian. moga-moga memberi manfaat kepada kalian yang membaca.


Dalam slot yang pertama, tajuk yang dibincangkan adalah tentang maqasid al syari'ah. maksudnya, tujuan atau matlamat dalam penetapan hukum syari'ah dalam mencapai manfaat dan menolak kemudaratan manusia untuk kehidupan di dunia dan akhirat. senang faham, syari'at ini diwujudkan demi kebaikan manusia. jadi, apa kaitannya dengan perubatan?


baca ni...
1. memelihara kesihatan sedia ada (harus berbuka bagi pesakit/musafir)
contoh: kita sedia maklum bulan ramadhan adalah bulan yang mewajibkan umat Islam berpuasa. tapi, Islam tetap beri kelonggaran pada orang yang sakit/tidak berdaya untuk tidak berpuasa. (yang boleh memudaratkan kesihatannya.mungkin boleh mati kalau teruskan dll) namun, wajib digantikan puasa(hari yang dibuka) pada hari-hari yang lain.

2. mengeluarkan bahan bahaya/penyakit daripada tubuh (harus mencukur rambut ketika ihram jika ada kutu dan penyakit yang membahayakan dikepala)
contoh: antara perkara yang dilarang semasa ihram adalah mencabut atau memotong kuku,rambut dll dengan sengaja. tapi, untuk kes di atas, tidak mengapa.

3. mengawal daripada penyakit/daripada merebak (harus bertayammum bagi yang sakit)
contoh: seorang pesakit yang mempunyai luka di bahagian kaki dan di balut dibolehkan bertayammum (keterangan mengenai tayammum di bawah) saja. (dalam perubatan, luka yang dicuci hanya menggunakan ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor.jika terkena air biasa,infeksi atau jangkitan kuman boleh berlaku.sebab tu boleh tayammum) faham dah...? :)

Banyak kes-kes perubatan dari perspektif Maqasid Syari'ah dan salah 1 daripadanya adalah hukum yang terbina atas kepentingan nyawa iaitu hukum memotong sebahagian anggota badan kerana penyakit. hukumnya adalah harus demi menyelamatkan nyawa seperti kes pesakit kencing manis. pemotongan ini tidaklah termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah yang dilarang. wallahualam ~

Slot yang kedua membincangkan tentang etika pengamal perubatan muslim iaitu tanggungjawabnya di bidang perubatan. ia merangkumi akidahnya, ibadatnya, muamalatnya, dan akhlaknya. 

Kata-kata Imam Shafie:
"aku tidak tahu 1 perkara yang lebih mulia selepas ilmu mengenai HALAL dan HARAM, melainkan ilmu PERUBATAN, namun ahli kitab telah mengalahkan kita dengan menguasainya.."

"orang ramai memerlukan kepada 2 kumpulan: Alim Ulamak bagi menjaga agama mereka dan doktor bagi menjaga kesihatan tubuh badan mereka.."

Firman Allah yang bermaksud:
"Barangsiapa yang menyelamatkan 1 nyawa, perbuatannya itu diumpamakan dia telah menyelamatkan nyawa semua orang.."

Mulianya kerja dalam bidang perubatan ni kan.. walaupun banyak risikonya.. :')
sebenarnya, perubatan Islam adalah penguasaan di dalam ilmu perubatan dan perlaksanaannya adalah berdasarkan keimanan kepadaNYA. maksudnya, kita ceburi bidang perubatan ni nak tolong orang kerana Allah swt semata-mata dan bukanlah atas kepentingan sendiri. contoh mudah: seorang pesakit pergi klinik untuk dapatkan rawatan. kemudian, doktor preskripsikan ubatan yang tidak ada kaitan dengan penyakit pesakit(dengan sengaja). tujuannya? boleh dapat habuan lebih sikit... kan? wallahualam ~

Antara sifat-sifat yang mesti ada pada pengamal perubatan adalah:
- beriman kepada Allah
- patuh kepada suruhanNYA
- selalu senyum dan tidak mengerut wajah
- bertoleransi dan tidak mudah terasa hati
- bersederhana dan sentiasa mengawal diri
- bertanggungjawab memelihara dan mempertahankan kehidupan sebaik dan semampu yang mungkin
- menjaga kesihatan diri bagi menjadi contoh yang baik kepada masyarakat
- jujur dalam perkataan, penulisan dan dalam memberikan keterangan

 

Bak kata penceramah, " memang susah nak buat, tapi kena cuba juga." 
walaubagaimanapun, hubungan sesama pengamal perubatan juga perlu dijaga. 
- hubungan dalam keadaan saling membantu, bekerjasama sangat perlu demi kebaikan pesakit. 
- mereka juga bertanggungjawab mengajar, berkongsi pengalaman dan kemahiran bersama.
- sentiasa bersedia untuk membantu antara 1 sama lain dalam merawat pesakit.

**para pengamal perubatan perlu sentiasa meningkatkan ilmu mereka supaya mampu memberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit. 

Slot yang ke 3 dan 4, isinya sama saja. berkaitan dengan ibadah solat bagi pesakit. semasa saya sem1 lepas, saya praktikal di wad ortopedik lelaki. saya dapat lihat majoritinya mesti dipasang POP. (simen yang dipasang pada bahagian anggota yang patah) 1 persoalan bermain-main di fikiran saya ketika itu, "macam mana nak ambil wuduk untuk solat kalau keadaan macam tu?" dan...

ni lah POP (plaster of paris)
 Alhamdulillah terjawab juga soalan saya. untuk pesakit yang patah dan dipasang dengan POP (atau apa saja yang dibalut dan tidak boleh dibuka serta memudaratkan pesakit jika dibuka) dibolehkan menyapu air di atas keseluruhan POP tersebut kerana ia menggantikan anggota yang wajib dibasuh seluruhnya. 

Tayammum (sama saja macam di atas,sapu keseluruhan tempat yang berbalut) dibolehkan kepada pesakit yang luka. jika anggota tayammum yang luka boleh disapu debu, wajib sapu debu ke atasnya. (tapi,ini bercanggah dengan peraturan perubatan sebab debu mungkin ada mikrob dan boleh menyebabkan jangkitan) wallahualam ~

Untuk pesakit yang terbakar pula, jika tidak memakai pembalut dan tidak tayammum, hendaklah solat menghormati waktu saja. wallahualam~

kesimpulannya, solat adalah wajib ditunaikan dalam apa keadaan sekalipun. (duduk,baring,isyarat)

jaga Allah , Allah pasti jaga kita !

Semua yang ditulis di atas cuma sedikit ilmu yang saya peroleh sepanjang berada di sana.  mudah-mudahan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kalian. sebarang kesilapan mohon ditegur untuk kebaikan. :)

sharing is caring right ?

***tinggal seminggu lebih saja lagi sebelum saya menduduki midsem exam. kalian doakan moga dipermudahkan segala urusan saya dan rakan-rakan seperjuangan ya! mohon maaf atas segala kekurangan diri ini. :')









2 comments: