Monday, 23 April 2012

cik student misi

Assalamualaikum...

Dah lama tak mengupdate blog. busy + letih berganda bila dah masuk semester kedua, dah bercalit hijau pun di bahu. semakin banyak menambah ilmu, semakin besar pula rasa tanggungjawab nak jadi real misi nih. huhuhu T_T 

*tarik nafas panjang, hembus perlahan-lahan (ala-ala senaman pernafasan dalam gitu =P ) 


Okay, cuma nak cerita praktikal untuk kali kedua memang best. kalau dulu, semua benda buat yang basic saja. dah bercalit hijau ni, bertambah la sikit kerja tu. cuci luka orang dah boleh, nak cucuk-cucuk orang pun dah boleh. (cuma nak ke 'pro' tu yang belum. hihi)


Sebulan lebih praktikal, dari 1 wad ke 1 wad yang lain. macam-macam ragam manusia yang dah jumpa. tak kira samada pesakit, relative pesakit, staff-staff dan semuanyalah. huhu ada yang baik, ada yang kurang baik. ada yang okay, ada yang tak berapa nak okay. kita ni pulak sebagai cik student misi, yang mampu buat cuma sabarkan hati saja.


"Adik student, adik student! cuci BO pesakit ni. pastu buat dressing kat pesakit katil tu. tolong hantar pesakit ni. pergi ambil darah kat lab kejap. pastu tolong bla.. bla... bla....." haaa ni baru sikit kerja-kerja yang cik student misi kena buat tau. kadang-kadang tu buat kerja yang tak sepatutnya kami buat pun ada. aduh sabar, sabar, sabar...... *ikhlaskan hati, buat apa-apa kerja niat semuanya kerana Allah. kan hidup dan mati kerana Allah? (syukur ada sahabat yang selalu pesan, nak pergi kerja niat siap-siap ye, "nak pergi kerja buat kebaikan tolong orang kerana Allah.." insyaAllah Allah permudahkan) :)


Saya akui sebagai manusia biasa, memang susah la nak buang sikap suka merungut (buruk beno perangai,  huhu). ada saja benda yang tak puas hati, kadang-kadang nak naik angin (orang kedah kata, menyebai) jugak bila kena dengan staff kuat mengarah ni. Ya Allah, dia ingat kita ni robot ke apa. straight boleh buat kerja tanpa rehat? tapi, nasib cepat sedar diri. kita ni cuma cik student misi, siapalah kita nak melawan orang yang terlebih dulu makan garam kan. 


Fikir positif sajalah. mungkin orang tu sibuk jugak. nak siapkan repot, nak follow doktor buat round lagi dan sebagainya. (walaupun kadang-kadang dia suruh buat kerja, sedangkan dia duduk bersembang sakan di kaunter. huhu T_T) oh hati, tabahkanlah diriku! mana tau masa depan nanti, kamu pulak jadi macam tu. (takmau! takmau!) haaa! tapi macam mana pun, tak semuanya begitu. yang rajin ++ ada jugak! kerja yang sepatutnya memang dah jadi tanggungjawab student buat, dia pun join sekaki! itu yang best! hihi thank you staff... kamu memang sempoi ~ :))




** "Ya Rabb, jauhkanlah sifat-sifat yang kurang baik itu dari cik-cik student misi ni. jadikanlah kami yang terbaik dalam menjalankan tanggungjawab kami sebagai cik misi suatu hari nanti. " ameen ~ insyaAllah... :')



Tuesday, 3 April 2012

perubahan itu perlu!

Assalamualaikum....

Hari ni kerja petang. sempat lagi nak berblogging. semuanya gara-gara saya terbaca 1 post di fb milik kawan saya. sangat menyentuh hati! :')

Soalan: 
Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG. Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz?


Ustaz Azhar Idrus: 

Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.

Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya.

Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah? 

*Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut.


Baru semalam saya terima panggilan dari adik sepupu. bercerita bagai nak rak hinggalah masuk ke bab hidayah dari Allah. katanya, memang susah kita nak dapat hidayah dari Allah untuk berubah. tapi, tak semestinya perlu tunggu hidayah dari Allah baru nak berubah. betul! inilah jihad kita sebenarnya. (sangat besar ganjarannya bagi yang berjihad bukan?) kuatkan semangat, bersabar, cekalkan hati untuk berubah semuanya adalah kerana untuk mendapat keredhaan daripada Allah swt. yakinlah, Allah pasti akan tolong! takkan dibiarkan hamba-NYA terkontang kanting mencari hidayah. saya percaya itu!


"INNALLAHA MA ANA"
(sesungguhnya Allah bersamaku)


Bagi saya, nak berubah ni tak susah mana. sekarang pun boleh! tapi yang susahnya bila nak maintain hati kita ni untuk berubah. nak ikhlaskan diri untuk sesuatu yang baik memang payah. dan... nak berubah pun tak perlu terlalu gopoh. berubah secara perlahan-lahan. orang putih kata, step by step~ bukan apa, takut benda yang kita nak buat, tak menjadi malah nanti kita lagi menjauhkan diri. take time~ 



Langkah pertama yang boleh kita lakukan ialah muhasabah diri. dekatkan diri dengan Allah, recall back segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini. sungguh-sungguh mohon keampunan kepada-NYA. kalau dapat menangis lagi bagus! Allah itu Maha Pengampun bukan? bahkan Allah lagi suka pada hamba-NYA yang membuat dosa lalu bertaubat kembali kepada-NYA. basahkan lidah dengan zikrullah, dan al-quran jangan di tinggalkan. 1 hari untuk 1 mukasurat pun jadilah asalkan buka dan baca jugak! (lama-lama jadi habit, rasa tak kena bila tak baca al-quran untuk 1 hari) 1 perubahan jugak tu daripada tak bukak langsung kan. bagi saya, lagi bagus kalau ada terjemahannya sebab dari situ jugak kita boleh mengetahui betapa hebatnya kekuasaan Allah. dan mengapa Dia jadikan begitu begini dan sebagainya.


"Ala bizikrillahi Tahtmaiinulquluub"
Tidakkah hanya dengan berzikir/mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang!





Dan kemudiannya... cuba fikirkan tentang mak ayah kita pulak. penat mereka besarkan kita, didik kita dengan agama yang cukup sempurna. tapi kita? (tambah-tambah anak perempuan. dikatakan, lebih senang menjaga 10 ekor lembu daripada nak menjaga seorang anak perempuan) bagaimana cara kita nak membalasnya? jaga akhlak kita, jaga maruah kita dan semestinya jaga airmuka mereka! how? segala dosa-dosa kita mak ayah yang tanggung tau. cuba fikir, kita yang buat tapi mereka yang tanggung. adilkah begitu? dan begitukah caranya kita membalas budi mereka? bagi yang perempuan, jagalah kehormatan diri kita. 'aset' kita sangat berharga dan istimewa! sangat indah ciptaan Allah ke atas diri kita wahai kaum hawa sekalian. lindungilah dan sayangilah 'aset' kita daripada tercemar. biarlah diserahkan kepada yang wajar memilikinya, iaitu suami kita. sebab itu, diwajibkan perempuan menutup auratnya. melonggarkan dan melabuhkan mana yang patut. semuanya untuk kebaikan kita. jika dulu free hair, mula berjinak-jinak dengan tudung. dah bertudung, lihat pula pada pakaian. jika dulu baju ikut body, mulakanlah memakai baju yang longgar, tidak menampakkan susuk tubuh kita. ingat, yang penting niat setiap apa yang kita lakukan adalah kerana Allah swt. "hidup dan mati kita kerana Allah swt" :)






Dan.... selalulah mengingati mati. cuba tanya diri kita, "macam mana kalau aku mati tanpa sempat bertaubat? bekalan apa yang aku nak bawa mengadap Allah? tahankah diri aku ni nak menerima azab seksaan api neraka Allah yang maha dahsyat? siapa yang boleh bantu aku di alam sana? baru tersedar, aku keseorangan!!" jujur saya katakan, bila saya sendiri memikirkan tentang ini, takut yang amat sangat! banyak sangat dosa-dosa yang telah dilakukan. dan masa tidak menunggu kita. sekaranglah masanya untuk kita bertindak. seperti kata adik sepupu saya, "pada permulaan, biar kita berpura-pura melakukan kebaikan. lama-kelamaan akan menjadi suatu kebiasaan dan tanpa ada rasa bebanan bila melakukannya." insyaAllah ~



Jom kita sama-sama berubah! bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri kita jugak. Saya juga bukanlah sesiapa. masih lagi mencari dan belajar untuk berhijrah. daripada tak baik, kita berubah ke arah kebaikan. daripada baik, kita berubah lagi menjadi yang lagi baik. daripada yang lagi baik , menjadi yang terbaik. insyaAllah. semuanya terletak pada hati kita, makin bersungguh-sungguh niat kita untuk berubah, insyaAllah Allah akan mempermudahkan jalan untuk memberi petunjuk kepada kita. masih belum terlambat untuk berubah, mulalah dari sekarang! jom!! :'D


Ibnul Muqaffa' berkata:

"Hendaklah dirimu memperbaiki perjanjian agar menjadi pemilik kebaikan. bila engkau lakukan hal tersebut, kebaikan akan datang memohon kepadamu seperti banjir mencari lembah"










salam sayang 
NurFarhahIzzatyAlias