Friday, 8 June 2012

jatuh cinta..?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...


Dah lama sangat saya nak menulis tentang ini. khas buat teman-teman yang seringkali berada dilema bila 'hati terusik'. saya tidaklah pandai mana jauh sekali arif tentang hati dan perasaan ini kerana saya juga tidak terlepas dari menjadi seorang hamba kepada hati dan perasaan sendiri. cuma, niat di hati ingin sekali membantu teman yang bertanya kepada saya bagaimana hendak menguruskan perasaan ini. apa yang bakal saya coretkan di bawah adalah sekadar pendapat dan sedikit ilmu yang saya peroleh dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. moga bermanfaat buat semua. :)

Sebenarnya, bila kita jatuh cinta dan seterusnya bercinta itu tak salah. yang salah cara kita menunaikan rasa cinta tu. (contoh: pasangan kekasih keluar berduaan, berpegangan tangan) macam yang pernah saya katakan di entri sebelum ni, perasaan suka-menyukai, sayang-menyayangi, kasih-mengasihi dan cinta-mencintai itu fitrah manusia. memang Allah bagi perasaan tu pada kita semua. cuma, terpulang pada kita bagaimana hendak mencorakkan perasaan itu sendiri. buat teman yang sedang 'dilamun cinta', just follow the flow. cuma, jangan terlalu memikirkan sangat hingga boleh menyebabkan zina hati. (contoh: rasa rindu/sayang terlampau sampai terbayang-bayang tengah berpegangan tangan.) jaga-jaga ye, jangan fikir bila duduk berdua-duaan je boleh berlaku zina, duduk jauh beribu batu pun boleh berlaku zina. nauzubillah! sila jaga hati baik-baik!

Okay, apa nak buat bila dah asyik terkenang-kenang? rindu-rinduan? cepat-cepat istighfar! ingat Allah. dan... semestinya, doa! mengadu pada Allah, betapa kita rindu, sayang, kasih, cinta pada si dia. minta Allah pelihara hati ini daripada terus hanyut dibuai perasaan yang boleh menjauhkan kita dengan Allah. juga, minta padaNYA, dekatkan kita dengan si dia andai si dia memang jodoh kita. namun, minta jauhkan si dia dengan kita andai si dia bukan jodoh kita. mudah-mudahan Allah mudahkan urusan kita. just believe to Allah! tak dinafikan, memang susah nak handle perasaan ni bila sedang mengalaminya, namun kita kena sedar diri. ini ujian nikmat buat kita. nikmat yang diberi, perasaan suka itu, namun disebalik kenikmatan itu sendiri, Allah mahu menguji keimanan kita. kuat ke tidak nak lawan perasaan. samada akal atau nafsu yang menguasai diri kita. *jangan fikir musibah saja ujiannya, tapi nikmat yang diberi pun merupakan satu ujian buat kita. sila sedar diri!

Sahabat... kadangkala bila kita bersendirian, itu juga boleh menimbulkan perasaan rindu dan sebagainya. eloklah sekiranya kita sibukkan diri dengan melakukan sebarang aktiviti yang boleh buat kita lupakan si dia untuk sementara waktu. tidaklah terbuang waktu begitu saja melayani perasaan tersebut. itu semua syaitan punya angkara, mahu kita leka dengan keseronokan duniawi semata. dan sahabat... jalan yang sebaiknya kita lakukan adalah istikharah. mohon petunjuk Ilahi. jangan takut dengan sebarang keputusan yang mungkin tidak sama dengan kehendak hati. sebaliknya, bersyukurlah kerana sebenarnya, Allah selamatkan perasaan kita daripada terus menyukai orang yang salah. Dia pelihara hati kita supaya nanti kita akan menyerahkan cinta kepada pemilik yang sepatutnya.

Ada juga sahabat yang bertanya, perlu ke kita berterus terang tentang perasaan ni..? pendapat saya, perlu jika kita memang sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga. juga, tak perlu jika kita sekadar 'omong kosong'. bak kata bonda saya, cinta yang sejati bila cinta di alam perkahwinan bukan sebelum berkahwin. *renung-renungkanlah dan selamat beramal. :)



Salam sayang 
NurFarhahIzzaty