Saturday, 10 November 2012

"Hadiah Terbaik"

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Apa khabar diri kalian semua? iman dan hati macam mana? mudah-mudahan semuanya dalam rahmatNYA selalu.. :) Alhamdulillah.. ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama kalian, tulus ikhlas dari hati kecil ini. Bismillah...

Bila kita berusaha mencari hidayah Allah, Allah akan bantu. betul! kita akan mula rasai nikmatnya bila Allah yang nombor satu (utama) di hati. dan.. kita akan mula memahami apa tujuan hidup yang sebenar di muka bumi. secara tak langsung, kita akan cuba mencari dan menimba ilmu-ilmu agama buat pengisian hidup untuk dunia dan akhirat. dan Alhamdulillah.. salah satunya akan membuatkan kita  mengerti mengapa kita dilahirkan, punya ibu dan ayah. saya juga baru sedar tentang ini. anak adalah anugerah atau hadiah buat pasangan suami isteri daripada Allah. maka, menjadi tanggungjawab kita sebagai anak untuk menjadi 'hadiah terbaik' buat mereka. how..? :)

Bak kata Prof Dr Muhaya, jadikan pekerjaan kita sebagai ladang pahala untuk menuai di akhirat nanti. saya berpegang pada ayat ini, 'nak redha Allah, maka bahagiakanlah kedua ibubapa'. jadi, laksanakan tugas kita atau pekerjaan kita sebagai anak membahagiakan mereka setakat yang termampu. contoh mudah, kita sebagai anak yang masih belajar dan tak punya komitmen lain seperti dah berkahwin dan sebagainya, cuba tanamkan dalam diri niat nak bahagiakan mak dan ayah bila kita balik ke rumah dari cuti semester. macam mana? balik rumah, cuba buang perasaan 'nak berehat'. saya faham dan saya juga alami hal yang sama serta saya juga punya keinginan 'nak berehat' bila di rumah. dan.. kesannya adalah tahap kemalasan yang sangat tinggi dalam diri. jadi, nak bergerak untuk buat sesuatu kerja tu sangatlah berat dan kalau ikhlas pun, taklah seikhlas mana~ (pengakuan jujur) Allahuakbar.. tapi, berbeza pula bila di kolej lagi, kita dah sematkan di hati, balik cuti semester kali ini, kita nak buat yang terbaik buat mak dan ayah. dan kesannya nanti bila di rumah, MasyaAllah.. jiwa berkobar-kobar dan tinggi menggunung nak tolong itu ini, cuba menceriakan suasana di rumah bersama mereka. ketenangan dan kebahagiaan akan  menjadi milik kita, InsyaAllah.. Allah itu Maha Melihat dan Mendengar, Dia juga menilai segala perbuatan kita. :')

Balik cuti seminggu sempena raya Aidil Adha dulu, niat di hati konon-konon nak ke library bermula dari hari ahad hingga khamis, nak study la sebab final exam dah dekat sangat-sangat. nak study kat rumah, jangan haraplah. tapi, lain pulak jadinya, pergi library cuma ahad. yang lain-lainnya di rumah saja, fulltime surirumahtangga. sebabnya? saya ingat kata-kata mak, "ingatkan bila anak balik boleh la mak balik kerja, berehat. tak payah nak masak dan sebagainya." (hari ahad, dari pagi ke tengah hari kat library, tengah hari ke petang kat pekan rabu. masuk gaji lah katakan, haishh. dah tu, mana sempatnya nak balik masak kan) jadinya, malam tu jugak fikir banyak-banyak kali nak ke library lagi atau tidak. saya fikir, tak apalah kalau tak pergi pun. apa lah sangat kalau nak di bandingkan dengan segala pengorbanan yang telah dia lakukan untuk saya. (dalam hati risau jugak sebab bila di rumah, memang takkan baca buku. tambah pulak, sedar diri kita ni bukan dalam kalangan yang 'genius') buku memang tolak tepi, fokus nak happykan mak dan ayah. suruhlah buat apa pun, ditunaikan jugak walau kadangkala masa tu letih, tengah rehat dan sebagainya. :')

Yakinlah.. Allah pasti bantu bila kita ada niat yang betul. sesukar mana pun yang kita lalui, Dia akan bantu ringankan, percayalah! dan nikmatnya bila ikhlas, MasyaAllah.. takkan ada rasa sukar dan tenang menguasai diri dari segi fizikal, mental dan rohani. InsyaAllah.. :') selalu saya ingatkan diri, "cuba buat yang terbaik untuk mak dan ayah. buang perasaan jauh hati jauh-jauh, hindarkan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemarahan mereka. cuba lakukan semua yang baik-baik kerana Allah!" cuba bayangkan, kita kumpul pahala banyak-banyak dengan cara bahagiakan mak dan ayah, kurangkan dosa malah mungkin diampunkan semua dosa, redha Allah tercapai, mati esok lusa habuannya apa..? Jannah buat yang beriman! TRUST HIM. (semoga kita semua berada dalam kalangan orang-orang yang beriman, aamiin)

Segala yang saya coretkan selain dari berkongsi cerita dan pendapat yang tak seberapa, tak lain dan tak bukan adalah untuk memperingati diri saya sendiri. semuanya adalah kerana ingin bersama-sama kalian membahagiakan kedua ibubapa kita. tak kiralah dengan apa cara sekalipun, biar mereka rasakan inilah "Hadiah Terbaik" yang mereka dapat sepanjang hidup dan mereka tak menyesal memiliki kita. ingat, buat apa saja kebaikan biarlah disertakan niat kerana Allah. untuk apa? dapatkan tempat di Jannah nanti. insyaAllah, aamiin~



'ayahanda & bonda'
mungkin takkan ku termampu untuk mencapai tittle ''Anak Solehah",
namun..
akan ku cuba usahakan untuk menjadi yang terbaik walau bukan terbaik buat kalian lillahi taala.



p/s: buat semua ahli JP JULAI 2011, Kolej Kejururawatan Kuantan. semoga kita semua lulus Peperiksaan Akhir Tahun 2 Semester 1 dengan jayanya dan dapat balik kampung dengan tenang hati. Allahumma amiin~ panjang umur, jumpa lagi di tahun baru, semester baru. InsyaAllah. :')
segala salah dan silap, harap di maafi. mohon ditegur untuk kebaikan bersama. jazakumullahu khairan katsiran~




Salam sayang 
NurFarhahIzzaty